Tuesday, August 9, 2011

kerahmatan berlalu,,,,hadirnya keampunan....

Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.


alhamdulillah, segala puji kita padaNYA atas kehidupan yg diberikan nikmat bernafas dgn izinya. aku bersyukur dan kadang aku merasakan suatu penyesalan, tapi biarlah penyesalan ini dapat dihilang dgn rasa TAUBAT dan KEAMPUNAN kepadanya.

ramadhan rahmat sudah berlalu dan beberapa detik akan terus meninggalkan kita, aku terfikir apakah aku diantara manusia yg akan dirahmati? aku tertanya-tanya tapi aku yakin dgn amalan kerana NYA dapat menggolongkan aku diantara insan yg diberi nikmat RAHMAT dari allah azawwajallah. insyaallah. biarlah pengamalan, taubatku, keampunan dosaku akan berterusan dan akan terus sehingga nafas ku hingga ke detik yg terakhir. rahmat ALLAH sukar untuk didapati tapi aku yakin jika pengamalan yg berterus akan menjanjikan rahmat yg kita seringkali kita inginkan.

Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah... " (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

berapa orang inginkan kerahmatan dalam masa yang sama apakah pengamalan yg boleh kita lakukan untuk sampai pada rahmat allah?

apakah hanya rahmat itu sekadar dibulan ramadhan?

syaitan digari bagi mudahkan mendapatkan rahmat, tapi apakah kita sadar sebenarnya hikmah segala percaturan ALLAH ini adalah untuk mengislah manusia dari perlakukan yg jijik disisi ALLAH. aku percaya kerana satu bulan ini dgn amalan yg berterusan dapat memberi satu imbuhan kebaikan untuk sebelas bulan selepas nya. tapi jika satu bulan ini tidak dapat dimanfaatkan hakikat nya untuk sebelas bulan yg akan dtg pastinya kita mudah untuk rebah kejalan yg tidak diredhai. dan sebalik itu ramadhan itu juga sebagai bulan TARBIAH, bulan ISLAH, bulan JIHAD.

amat rugilah manusia hanya sekadar menahan lapar dan dahaga tapi disebalik rohaniah hilang tiada tempat untuk bergantung.

akhirnya, MARI MENGHIDUPKAN CAHAYA RAMADHANDGN IBADAH!!

RAMADHAN YG SAMA, NATIJAH YG BERBEZA.

P/S: nak tulis panjang malas,,sikit je la ye,,,sbb dah azan,,,nk get ready,,!! ramadhan kareem beb!!

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat