Monday, May 23, 2011

hawa menanti abang disyurga.....

aku termenung diluar jendela menghirup udara pagi sambil menuggu langit kembali cerah. aku lihat sekeliling halaman rumah dan masih segar rasanya keadaan yg pernah aku lalui suatu ketika dahulu. kicauan burung berselang seli sambil ayam menyelit kokokannya untuk meenjalankan tugas sebagai seeokor ayam. aku juga seperti mereka yg mempunyai tanggungjawab sebagai insan didunia yg fana ini.

aku memandang langit dan cerah pagi sudah kelihatan menyimbahkan cahayanya dibumi. sejadah biru memanggilku untuk solat dhuha bersamanya. alhamdulillah aku bersyukur setiap ruang didunia ini ada peluang untuk aku terus melakukan tanpa sedikit paksaan.

'ya allah, aku memohon padamu agar ko tetapkan jiwaku agar tidak berpaling darimu kau jauhkan aku dari segala kemaksiatan yg terus berlingkar di setiap genap ruangku. ya allah, aku hamba yang lemah dan doif dihadapanmu, ku mohon ENGKAU berilah kekuatan untuk aku teruskan hidup didunia ini yg penuh dengan pancaroba. ya allah, kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, ahli keluarga ku, sanak saudaraku, sahabat handaiku, dan ummat islam yg berada di dunia ini.

ya allah, dalam kesedihan ini kau berilah aku sedikit kegembiraan agar kau tempatkan isteriku ditempat yg kau redhai dan berikan isteriku rahmat diatas segala kebaikan yg dia berikan kepada ku sepanjang dia hidup bersamaku. ya allah, aku terlalu merinduinya dan aku terlalui menyintainya dan kekalkan setiap sayang kasih dan cintanya dihati aku agar aku terus dapat bersamanya dan aku mohon padamu ya allah kau kekalkan aku dan hawa disyurga kelak.....'

airmataku terus mengalir dan aku terus mengharap agar aku dapat bertemu dengan isteriku disyurga kelak. aku terlalu merinduinya dan aku terlalu mencintainya dan aku tidak sanggup untuk berpisah jauh darinya dan aku redha, ini semua telah ditetapkan diluh mahfuz dan aku redha dan aku yakin cinta ku untuk hawa akan bersemi disyurga kelak. akan ku tunggu mu hawa.

' abang, hawa sangat mencintai abg sepenuh jiwa hawa dan jika boleh hawa tidak mahu berpisah dengan abang sampai bila pun tapi hawa minta maaf jika hawa tidak dapat bersama abang seperti abang harapkan.' ketika itu aku menahan sebak dan nafasku kian laju menahan airmata berguguran.

'abang percayalah dan hawa akan tunggu abang disyurga dan hawa mahu menjadi bidadari untuk abang bila kita bertemu disana. abang tunggu hawa ye,' mengalir airmataku bila mendengar setiap kalimah yg hawa ungkapkan padaku. aku terus memeluk hawa dan aku tidak mahu mendengar ungkapan yg boleh menusuk jiwaku. aku tidak mahu kehilangan hawa. kini aku rela perpisahan terjadi ini kerana aku yakin ianya hanya sementara didunia.

aku masih teringat ketika aku mahu melafazkan akad nikah dan sesudah itu ku kucup dahinya sambil mengucapkan 'MOGA HAWA MENJADI ISTERI YG SOLEHAH' dan kemudian itu hawa bersalam tangan ku sambil mengungkapkan kalimah azimat ' insyaallah, hawa akan menjadi isteri yg solehah untuk abang.'

alangkah manisnya saat itu dan sehingga kini aku masih tidak lupa segala kemanisan yg telah hawa berikan padaku. tidak pernah sekali dia menyakitkan hatiku malah dialah madu ketika aku dalam kepahitan dan dia lah ubat ketika aku sakit dan dialah penenang ketika aku resah. ya allah kau satukan kami kembali, dia begitu berharga buatku dan tiada yg layak untuk menggantikan tempatnya. dialah satu-satunya wanita yg bertakhta dihatiku.

aku bersyukur kerana takdir telah menemukan aku dengan wanita yang bernama HAWA...............

P/S: sekadar bingkisan untuk bakal suami carilah isteri yg solehah kerana disitu hikmah nya terlalu abstract....aku cuma mengandaikan mengikut imaginasi dan tiada kaitan antara hidup dan mati dan HAWA itu adalah watak yg aku guna untuk melengkap cerita bilamana ada adam pastinya ada hawa....

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat