Tuesday, May 3, 2011

bisikan cinta adam 8.

sampai sahaja kedestinasi yang telah kami sepakati aku, hawa dan aman adik hawa terus menuju pintu masuk ketaman tema klcc untuk meninjau-ninjau sekitar kawasan yang aku rasa belum pernah aku jejaki. dalam masa itu boleh juga aku menambahkan ilmu pengetahuan tentang aquaria yg disediakan pihak klcc dgn mempamerkan pelbagai jenis ikan dan kehidupan laut yang jarang kami temui didarat.

sambil berjalan kami bertiga saling bertukar pendapat dan mengimbas kembali kisah-kisah silam ketika zaman persekolahan dahulu. alhamdulillah aku merasakan perjalanan kami bertiga tidak dikaburi dengan nafsu yg membuak-buak sepertimana cinta manusia yg sentiasa bernafsu untuk melakukan maksiat. aku bersyukur diatas segalanya kerana pertemuan ku dgn hawa membuatkan aku sedar yg selama ini aku banyak melakukan kesilapan yang nyata dengan menjadikan maksiat sebagai makanan rohani ketika dibuai cinta.

seperti biasa janji tetap janji, jam menunjukkan ditangan sudah mencapai angka 1.30ptg dan azan bila-bila masa sahaja akan berkumandang. aku sebagai pemegang amanah harus lah untuk memenuhi setiap janji yg telah kami kota. kami bertiga terus keluar dari pusat aquaria dan mencari tempat bersolat. sambil berjalan menuju kerumah ALLAH aku sempat menyapanya.

'hawa selepas solat zohor kita cari tempat makan yang best-best ye, ' sambil melawak perli.

'awak nak perli saya lah ni ye, tapi saya tak kisah pun. yang penting saya nak makan best-best arini ni,' jawapan manusia yg memang tak makan perli.

'akak lps solat tu cepat sikit kuar dari musolla jgn mekap lama2 plak,'selamba remaja 13 tahun menegur direct akaknya. aku juga memang 100% bersetuju dengan adiknya.

selesai solat aku dan aman terus menunggu akaknya yang tidak muncul 4 minit yang lalu, sambil-sambil itu aku pun cuba mengambil kesempatan terhadap aman untuk menyelongkar siapa sebenar akaknya dari kacamata aman.

'aman, abang nak tanya sikit boleh tak?'

'kenapa bang, tanya jela, atau saya dah tau apa abang nak tanya! mesti pasal kak hawa kan?' jawabnya dgn persoalan.

'soalan simple je, abang cuma nak tahu kak hawa aman tu suka makan apa? '

'ooooo, simple sangat soalan tu. tak de soalan yang lagi berat lagi ke. aman ingat soalan yang mencabar minda. sebenarnya kak hawa suka makan western food dan seafood,' jawab aman seloroh dengan jawapan yg boleh aku pikat hawa.

'soalan yang mencabar minda tu insyaallah lain kali.' bisik ku pada aman.

'apa bisik-bisik tu aman.' sergah hawa dari belakang.

aku dan aman terus senyap dan tergamam seketika setelah sergahan hawa membuatkan aku sedikit terkejut.

aku terus mencari tempat makan yang sesuai untuk hawa nikmati dan tidak perlu untuk aku menyuruh hawa membuat pilihan restauran mana pilihanya kerana pilihan restoran yang aku pilih memang sudah tepat. hati ini begitu berbunga bila melihat hawa makan dengan selera dan ditambah dengan ucapan ikhlas dari hawa sudah cukup buat aku gembira.

aku teringat dengan janji yang ketiga mesti pulang sebelum pukul 5 dan tanpa perlu untuk bertanya aku terus menghantar nya pulang sebelum solat asar bagi memperlihatkan aku seorang yang mengotakan janji. aku tidak mahu melakukan kesilapan kerana ia akan menjejaskan perjalanan aku untuk terus berdamping dengan wanita litup itu. tapi aku bersyukur perjalanan kami pada hari ini amat berharga dan penuh dengan memori indah yang akan mengelamkan memoriku yg lama supaya aku dapat melupakannya sedikit demi sedikit.

.........................................................................................................................................................

rasanya baru seperti semalam aku melalui saat indah ini dan saat indah itu masih segar dan bugar dalam benak fikiran ku. aku masih menantikannya distesen yg berlainan tapi berakhir dengan perjalanan yg sama. namun tanpa aku sedari..........

sambungan ke bisikan cinta adam 9....

p/s: masih terfikir apakah aku mampu melalui nya...mode: jiwa aku sakit...


0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat