alhamdulillah solat subuh dimasjid!
seperti biasa dan menjadi kebiasaan aku tiap kali selepas solat aku menjadi sebahagian org tua yg menunggu dibelakang duduk dikerusi sambil melihat gelagat jemaah subuh tadi.
kenapa?
aku terus berfikir kenapa ia menghantui aku dalam masa aku mahu melakukan proses perubahan. dan aku terus berfikir apa kesilapan aku dan kekhilafan aku malam tadi.
cuaca di luar amat sejuk namun hati ini masih tidak tenteram dan memikirkan apa yg telah aku lakukan pada nya dan aku terus menunggu. menunggu sambil berfikir dan berusaha bagaimana untuk aku keluar dari masalah dan mencari jalan penyelesaian.
menunggu buat aku bergetar badan kesejukan dan aku terus berjalan tanpa henti dan masih menunggu dalam berjalan dan dalam berjalan aku melihatnya. terpinga mencari kata yg akan diucapkan, tapi tetap diucapkan dengan kalimah maaf. maaf untuk apa dan maaf yg tiada salah dan aku terpinga apa yg aku lakukan dan terus berlalu kepingaan.
jalan..
terus mencari jalan yang mana aku patut lalui dan dia mengingatkan aku terus berjalan mencari rumah dan aku turuti jalan nya. kini aku berada dirumah dalam kepingaan dan terus berfikir sambil menghadap pc. jari terus menari menaip kalimah2 yg harus aku taip supaya taipan terus bertujuan.
aku sudah sedar dan minda aku sudah mula dikawal dan kawalan ini akan aku teruskan supaya aku tidak tewas dengan down sistem yg boleh melemahkan pemikiran. aku segar dan aku masih mencari apakah kesalahan dan kesilapan yg aku lakukan supaya perlakuan itu dapat aku perbetulkan.
syukran.
kerana dia aku berubah dan kerana die aku menyanyanginya dan kerana dia aku kembali pada norma kehidupan mahmudah. tapi hanya satu bagaimana dgn orang lain? atau hanya bersamanya aku bersifat mahmudah? memang aku tidak adil. kerana keadilan aku hanya disifatkan oleh aku yg tahu apa itu adil dalam kamus hidup aku.
aku terus berfikir dan berfikir dan kerana aku suka berfikir.. aku berterima kasih pada dia yg sedarkan aku dari lena buaian mimpi.
p/s: tak faham tidak mengapa kerana ianya luahan hati aku yg kini hanya aku sahaja yg tahu....
Sunday, May 8, 2011
sejuk berfikir di luar masjid
Posted by adam at 8:33 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment