Firman Allah:
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman." -Surah An-Nur: ayat 2
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." -Surah Al-Israk: ayat 32
Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas." -Surah Al-Mukminun: ayat 5-7
Sabda Rasulullah s.a.w : "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." -Hadis riwayat Baihaqi
banyak lagi firman dan hadith nabawi yg menyatakan kecelakaan bg meraka yg berzina dan ketahuilah zina itu bermula dari mata. jika mata sudah tidak lagi dijaga mana mungkin anggota lain turut dijaga sedang nafsu itu tidak terkira nikmatnya. aku percaya persetubuhan itu suatu yg nikmat yg boleh dicapai bila2 masa sahaja jika diri berkehendakan dan hanya membezakan kita dengan penzina adalah iman!
ketahuilah nafsu itu suatu anugerah yg tidak terhingga yg diberikan oleh ALLAH pada makhluknya tapi pencemaran itu menjadikan nafsu sering disalah ertikan. manusia atau nafsu? siapa yg patut dipersalahkan!
sedikit teguran untuk diri aku dan juga kalian, zina itu bukanlah ketika mana mahu melakukan persetubuhan terlarang tapi ketika permulaan. asslamualaikum' jom kita keluar! jumpa2 n makan2 je' ayat poyos" hati dup dap dup dap, awak sihat? soalan bodoh" syaitan yg baik hati dtg' tangan bergeseran tidak tentu pasal dan tiba2 terkena tgn perempuan tadi..mata bertemu mata tatkala shock renjatan sentuhan. hati mula memdidih ghairah, muka semakin dekat dan semakin hampir lalu ciuman asmara mula berkucup lalu cari port yg best bertelanjang bagai nak rak! dan dimana permulaan cerita tadi? pastinya 'asslamualaikum" .
oleh itu aku mengingatkan supaya kita berusaha dari tidak melakukan muqodimah awal dalam setiap perhubungan kerana dari situ terbit perkara yg akan menyusul. buang baby, gugur anak dan sebaginya dan itu semua bermula dari muqadimah awal yg tidak dbendung oleh diri dan faktor agama yg tidak disemat dlm diri. dan sebab itulah firman ALLAH dan nabawiah meletakan ayat seru' jauhkanlah/hindarkanlah dlm melakukan kejahatan dan kemungkaran.
akhirnya, tidak kira kita belajar agama mahupun tidak belajar agama pastinya ia suatu kelaziman dr segi adat pergaulan laki perempuan itu suatu yg tidak elok dan dicegah. kita orang asia dan dibekal kan adat yg selari dengan tuntutan agama, tidak seperti barat kewajiban bg setiap wanita itu mesti sudah tidak "virgin" dan jika meraka "virgin" menjadi suatu keaiban! nak camtu ke?
p/s: khusus pelajar mesir(agama or medic) yg suka sgt keluar ngn akhwat pada waktu mlm..klu laki no hal( tetap dosa) ni perempuan belajar jauh2 timba ilmu balik malaysia perut beso(klu tak gugur). maaf ketelanjuran pena!
PMRAM: TERUSKAN USAHA HISBAH DAN SAYA CADANGANKAN BUAT SATU MUHAKAMAH TULLAB BG PROSES PERBICARAAN PELAJAR YG DITANGKAP.(MAHKAMAH INI SUDAH WUJUD DISETIAP UNIVERSITI2 MALAYSIA)
MAKAN SEAFOOD MELEDAK DI ASHHRYSHOSHEDAP
4 hours ago
1 comments:
pembetulan kalimah:
memdidih kepada meNdidih.
tq:)
Post a Comment