Thursday, January 27, 2011

cerita adaptasi.

1.

kadang2 kehidupan tidak selalunya indah bak permata yg berkilau dari jauh sudah nampak sinarnya begitulah aku permata palsu jika dilihat cantik zahirnya namun pabila dilihat tiada kilauan yg hadir. kecewa memang kecewa namun kini aku terus mengharungi jua. aku tidak pasti langkah mana yang perlu ku tuju, semakin aku melihat sinar semakin sakit derita ku tempuh. aku pendam selama ini demi untuk menjaga aib yg selama ini terpalit bertahun-tahun dalam kehidupan yg dilalui hampir 25 tahun.


zaman kanak-kanak ku tidak seindah kanak2 lain yg hidup seronok dengan dunia imaginasinya namun aku tidak. aku hidup penuh dalam ketakutan sehingga aku tidak mampu untuk melupakan kan sehingga saat ini. aku tahu segalanya akan selesai jika aku berterus terang tapi aku takut dan tidak ada seorang yang mempercayaiku dan siapalah aku ketika itu hanya kanak2 jika dicakap akan disangkal beritanya. semakin hari semakin tertekan, aku ketika itu hanya mampu berdiam dan menjalani kehidupan seperti biasa.

sakit memang sakit dan tidak perlu untuk aku mengzahirkan kesakitan itu dihadapan umum cukuplah aku seorang yg mengalami nya. keseronokan ku hanya di sekolah disitu aku tahu apa itu erti permainan dan disitu aku tau apa itu erti berkawan. keseronokan itu tak dapat ku gambarkan tapi itu semua hanya sementara. terlerai segalanya jika aku kembali kerumah dan aku bosan! aku takut dan ketakutan ku semakin menebal sehingga aku terpaksa mendiamkan diri dan menjalani kehidupan seperti biasa sedang aku menderita tersangat-sangat disebabkan perbuatan si 'dia' yg aku gelarkan abang walaupun dia hanya abang angkat didalam keluarga kami. siapalah aku dimata keluarga tidak lebih dari hanya seorang anak dan bagi die hanya seorang anak yg sangat disayangi walaupun hanya menumpang kasih. dimana keadilan ketika itu! aku benci dan aku benci dan aku belajar erti benci dari kecil lagi sedang kanak2 sedang sibuk mencipta imaginasi keriangan.

setiap hari berdepan dengan nya semakin aku mahu membunuhnya dan semakin hari aku menatap wajahnya semakin mahu cepat dia mampus dan mati dalam hidup aku! walaupun hanya sekali dia merosakan hidup aku dan disebabkan sekali itu aku merana seumur hidup yg 'kau' ciptakan untuk aku! semua nya kerana kau si bangsat!!!!!

kebencian aku meluap2 saat itu sehingga satu masa aku hilang pertimbangan dan sanggup untuk membunuhnya tapi dia terselamat dari tikaman ku dan tiada siapa yang tahu apa yg berlaku ketika itu hanya aku dan dia sahaja tapi apa yg mampu lakukan ketika itu? aku tidak mampu dan semakin tertekan!! aku tidak tahu apa yg perlu aku lakukan lagi selain hanya mampu berdiam dan berharap si bangsat itu akan pergi dalam hidup aku.

darjah lima dan saat itu saat yang paling gembira dalam hidup ku dan aku mendapat tawaran untuk kesekolah berasrama. dan ketika hanya sekolah rendah yg pertama yg membuka asrama untuk darjah lima dan enam dan aku salah seorang yg terpilih untuk meneruskan persekolahan ku disana. alhamdulillah aku berjaya dalam ujian kemasukan untuk memasuki seolah rendah berasrama. aku bersyukur bukan kerana tawaran itu tapi aku gembira aku tidak akan tatap wajah dia lagi sepanjang sesi persekolahan dan tidak seperti dulu setiap hari setiap masa aku perlu berhadapan dengan nya.

2.

kadang apa yg kita diduga tidak semestinya berlaku dan tidak semestinya panas hujan tidak akan turun.....

p/s: sambungan chapter 2 selepas ini....adaptasi dari cerita seorang teman dan sudah mendapat keizinan darinya....untuk muhasabah.

3 comments:

Izzlorna said...

Slm...
ni kisah benar ke?
sian pd si dia...kuatkan hati ya tempuh segala cabaran dan dugaan dlm hidup ini...

adam said...

yup kisah benar,,,

saya pun berharap saya menjadi kawan yg mampu bimbing dia kearah kebaikkan..moga die kuat...insyaallah...

saya pun sedih tgk die merana sepnjang hidup die,,,kini die dalam rawatan,,doakan die sembuh...

Nor moscow said...

Bila bc citer ni cam bc novel yg pernah kak nor bc seblom dtg sini..lupa plak tajuknya. Semoga member Adam boleh recover balik dan dpt teruskan hidup dgn lebih baik.

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat