Friday, January 21, 2011

hukum istimna' onani.

arini untuk hari baru aku tercadang untuk membawa satu hukum fiqh yg selama ini orang sentiasa menutup sebelah mata dengan sepuluh jarinya ataupun memekak kan telinga dengan memasukkan satu jari disetiap telinga demi kepuasan! hanya ALLAH sahaja yg tahu apa yg dilakukan hambanya! tak gitu bro!

seperti yg kita tahu istimna' dalam bahasa arab atau pun onani bahasa melayu ataupun kata moden 'melancap' ataupun englishnya masturbation. segan nak tulis tapi hukum fiqh kita perlu bersifat keterbukaan! aku tidak mahu mendifinasikan apa itu onani kerana ia sudah diketahui dengan ilmu2 yg telah dipelajari secara langsung ataupun sebaliknya. cuma sikit sekadar segelintir yg masih tidak tahu "." mengeluarkan mani dengan sengaja dengan menggunakan sesuatu yg boleh merangsang syahwat seseorang ".

Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar.

dan ALLAH berfirman:-

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

ayat diatas jelas dan penjelasan dari mafhumnya hanya menyatakan bg meraka yg sudah berkawin ataupun meraka yg memiliki hamba. dan setiap perkara yg berkaitan dengan perkahwinan menjadi halal. persetubuhan mahupun onani menjadi halal bilamana seseorang itu sudah mengikat tali pernikahan dengan sahnya.

seperti yg kita ketahui onani ini banyak mendatangkan kemudharatan dari kebaikkan dan jelasnya kesihatan adalah faktor utama menjadi sebab keburukan pada diri dan terbukti dengan lemah syahwat ketika persetubuhan, alat kelamin tidak berfungsi dengan baik dan selebihnya tanya doktor yg berhampiran dengan anda!

ramai yang menganggap onani ini satu perbahasan yg kecil sedang ia berkait rapat dengan kehidupan kita pada masa akan datang. aku tidak menafikan onani itu itu lazat tapi lazat itu hanya sementara dan tidak kekal dan boleh jadi menjadi satu ketagihan pada diri sepertimana dadah. aku pasti dan anda juga pasti.!

Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa,

sebagaimana arahanRasulullah SAW,

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

bilamana tiada kekuatan iman dalam diri dalam mencegah kemungkaran, keburukan akan mudah meyusuk kalbu supaya melakukan kemaksiatan begitulah kita dalam menjauhi zina. semua nya dengan kekuatan spritual yakni iman, tanpa iman badan binasa walaupun sedap awalnya.

namun ada juga pendapat dari mazhab hambali yg mengharuskan onani tapi hanyalah dalam keadaan tertentu:

1) Ketika dikhuatiri akan berzina.

2) Bagi mereka yang tidak mampu untuk berkahwin.

tapi tidaklah bg kita meringankan suatu hukum dengan menerima pendapat lain melainkan ia nya satu keperluan yg terdesak! dan tidak mengiktibarkan onani itu harus dengan terbit nya syahwat dengan cara lain seperti contoh onani disebabkan menonton video lucah dan hukumnya haram mutlak!

bila ianya dibenarkan dalam keadaan terdesak, bagaimana pula bg meraka yg setiap hari terdesak? jawapanya satu PUASA! seperti yg dianjurkan NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W .

setiap hukum diktibarkan dengan menerima dari kata sepakat jumhur ulamak ' HARAM ONANI '!

akhirnya, percayalah kita dilahirkan dengan fitrah yang baik, justeru kembalilah kepada fitrah yang baik itu. jangan kita berpaling dari fitrah insani. ingatlah lawan yang ingin kita KALAHKAN ini adalah syaitan/iblis dan nafsu kita sendiri….justeru ia memerlukan kekuatan dalaman untuk memeranginya bukan kalah sebelum berjuang. ingat! onani itu banyak mendatangkan kemudhratan dari kebaikan.

p/s: hukum ini bukan untuk lelaki sahaja namun merangkumi semua lelaki dan pereampuan. jika terdapat kesalahan tolong betulkan.

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat