Saturday, April 10, 2010

senarai bakal BP PMRAM 2010/2011

Calon-Calon Yang Bertanding Badan Pengurus PMRAM sesi 2010/11
(Mengikut urutan jumlah undian tertinggi.)


Nama : Shahrizan Mohd Hazimie
Kelulusan : Master Tahun 1 Al-azhar.
Negeri : Kedah
Status : Presiden PMRAM 2010 (menang tanpa bertanding)

Pertama (1)
Nama : Mohd Faizuddin Ghazali
No PMRAM : 17590
Negeri : Pahang
Kuliah : Usuluddin Tahun 2
Cawangan : Zagazig
877 undi (menang)

Kedua (2)

Nama : Muhammad Al Hidayat Khalid
No PMRAM : 16535
Negeri : Johor
Kuliah : Syariah Islamiah tahun 4
Cawangan : Zagazig
861 undi (menang)

Ketiga (3)

Nama : Muhammad Yusuf A. Kadir
No PMRAM : 19000
Negeri : Selangor
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Kaherah
861 undi (menang)

Keempat (4)

Nama : Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi
No PMRAM : 19162
Negeri : Pahang
Kuliah : Qiraat Shoubra, tahun 2.
Cawangan : Kaherah
860 undi (menang)

Kelima (5)


Nama : Mohd Solehuddin Mohd Safien
No PMRAM : 19760
Negeri : Terengganu
Kuliah : Syariah Islamiah Tahun 2
Cawangan : Kaherah
852 undi (menang)

Keenam (6)

Nama : Mohd Zahid Abu Bakar
No PMRAM : 18341
Negeri : Perak
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Kaherah
848 undi (menang)

Ketujuh (7)

Nama : Firdauz Noh
No PMRAM : 17019
Negeri : Johor
Kuliah : Syariah Undang-undang tahun 3
Cawangan : Kaherah
830 undi (menang)

Kelapan (8)

Nama : Abdul Aziz Ali
No PMRAM : 18495
Negeri : Kelantan
Kuliah : Bahasa Arab tahun 3
Cawangan : Kaherah
826 undi (menang)

Kesembilan (9)

Nama : Ahmad Huzaifah Fauzi
No PMRAM : 19069
Negeri : Kelantan
Kuliah : Qiraat, Tahun 2
Cawangan : Kaherah
821 undi (menang)

Kesepuluh (10)

Nama : Aminuddin Alias
No PMRAM : 15232
Negeri : Kedah
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Shibin El-Kom
226 undi

Kesebelas (11)
Nama : Mohd Mu'az Mohd Shukry
No PMRAM : 17906
Negeri : Kelantan
Kuliah : Syariah Undang-undang tahun 2
Cawangan : Kaherah
173 undi

Keduabelas (12)

Nama : Mohamad Hanif Haron
No PMRAM : 17137
Negeri : Pulau Pinang
Kuliah : Usuluddin, tahun 4
Cawangan : Kaherah
158 undi


Jumlah ahli PMRAM yang layak mengundi = 1445 orang

Jumlah ahli yang keluar mengundi = 920 orang (63.7%)

8 Undi Rosak

sumber: allgreenislamic.blogspot.com

p/s: tahniah dan takziah,,, buat kerja leklok ye...kami sokong dari belakang...cuba2lah senyum lepas ni supaya diri anda tidak dibelenggu mulut2 long....ucop ko mmg superb!!!!!








aku jiwa parah

tidak ada yang penting untuk penulisan kali ini, cuma mahu meluahkan sedikit perasan yg aku pendam selama ini terlalu subjektif untuk diterjemahkan. dalam minggu ini hati aku kian runcing dengan masalah hati yg cukup sensitif, aku cuba cari titik permasalahan yg aku alami sehingga kini masih tidak menemuinya.

aku menyingkap kisah hidup yg selama ini menjadi rahsia untuk diri sehingga kini tidak siapa yg tahu, satu persatu aku membuka kotak fikiran menyingkap lembaran sejarah hidup yg tidak indah untuk diperkatakan namun hati ini makin kecut dan semakin kecut pabila lembaran itu semakin menyakitkan hati untuk aku mengimbau kembali, lalu aku tutup kembali lembaran itu dan mula berfikir mencari ketenangan agar keadaan menjadi normal.

kawan menjadi tempat untuk mengadu tatkala masalah melingkari diri, tapi bagaimana untuk aku memulakannya? aku kusut dan mula berfikir agar masalah aku tidak membebankan kepada orang lain. aku bukan untuk mengelakkan diri tapi hakikatnya dan seboleh-bolehnya aku mahu meraka mendengarkan masalah aku agar bisa hati ini tenang.

aku lupakan niat dan terus berfikir dan berfikir walhal aku tahu permasalahan itu aku tidak dapat diselesaikan dengan mengharap diri sendiri. aku mencari jalan untuk luahkan masalah aku kepada meraka yg tidak aku kenali, tapi tapi dan tapi tetap juga susah untuk diluahkan kerana ia terlalu dan terlalu sukar untuk dterjemahkan dengan kata2. aku lupakan niat sekali lagi dan masalah tetap juga sama dan tiada kesudahan.

manusia itu bodoh jika berfikir dengan apa yg ada didepan mata tapi tidak pernah berfikir yg ESA itu sentiasa dekat dengan kita dan sentiasa terbuka untuk mendengar masalah hambaNYA. sombong nya aku sehingga aku lupa untuk mengadu pada YG MAHA ESA YANG MAHA MENDENGAR. jika aku sedari dari awal sudah tentunya jiwa akan tenang dan tidak perlu untuk menyakitkan diri dengan hati yang kian masalah.

jiwa ku kembali tenang, hanya padaNYA dapat mengembalikan jiwa yg parah menjadi sembuh. aku bersyukur padaMU YA ALLAH diatas pertolongan yg ENGKAU berikan padaku.

Dari sahabat Hudzaifah, ia berkata, “Bila kedatangan masalah, Nabi mengerjakan shalat. (Hadist hasan riwayat Ahmad dalam Musnad (5/388) dan Abu Dawud (2/35). Lihat Shahih Sunan Abi Dawud (1/245).)


Disebutkan dalam firman Allah, Katakanlah: “Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tentram.” (QS. Ar Ra’du : 27-28).


p/s: Oleh karena itu, semestinya seorang muslim memperbanyak doa saat bersujud, bertadharru’ (tunduk) kepada Allah, supaya Dia menyingkirkan berbagai permasalahan dan kesulitan, serta memberi kita anugerah kebaikan dunia dan akhirat.

Thursday, April 8, 2010

pemimpin cikai

kadangkala kita tidak tahu bagaimana rupanya orang yg berjiwa pemimpin, bila menjadi pemimpin semestinya kita anggap ia seorang pemimpim dan itu hanya hakikat luaran sahaja bagaimana pula hakikat yg sebenarnya adakah ia seorang yg benar2 pemimpin?

kita boleh jadi pemimpin tapi adakah jiwa kita seorang yang kuat?

selaku pemimpin pastinya ada sedih, ada gembira, ada ada rasa ketidakpuahatian, ada rasa lemah dan berbagai emosi yg bermain dlm kepala tapi dalam masa yg sama bagaimana untuk seorang pemimpin mahu mengadu nasib sedangkan dia menjadi tempat orang mengadu nasib dan penyelesai segala kekusutan pengadu. jawapan hanya satu MENGADU PADA YANG MAHA KUAT!!! oleh sebab itu lah islam menitik beratkan tentang jiwa seorang pemimpin meslilah kuat dari semua sudut tidak boleh tidak JIWA WAJIB KUAT!!!! jiwa yg kuat dan kental lahirnya dari dugaan yg kuat kerana dugaan itu adalah untuk melatih jiwa.

nak jadi pemimpin tapi tak berani!!!!

bagaimana nak jd pemimpin jika tak berani nak ambil risiko sedang kan dalam kepimpinan sentiasa bersedia dan berhadapan dengan risiko. kita bukan membuat risko tapi risiko sedang menanti untuk mereka yg bergelar pemimpin, jika tidak berani untuk berhadapan dengan risiko bagaimana pula nak membawa anak buah yg berada bawah pimpinan kita!!!!

mengawal dosa dalam keberanian?

maksudnya bukan menyuruh untuk melakukan dosa tapi berani dalam membuat sesuatu yg baru dan sentiasa berjaga-jaga dalam terjerumus ke lembah dosa. Berani biar bertempat. Bukan berani tanpa ilmu dan berani tanpa akhlak. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis. "Bukanlah seorang yang benar-benar berani dengan menunjukkan kekuatan. Tetapi orang yang benar-benar berani ialah berjaya mengawal diri sewaktu kemarahan!"

mesti ada ego ke?

ego bukan untuk menjadi diktator tapi keperluannya hanya tempat yg tertentu bilamana berhadapan dengan musuh2 yg hebat. percayalah tanpa ego anda tidak layak untuk berhadapan dengan musuh2 yg hebat dan sekali gus tidak layak untuk mengepalai sebuah organisasi dengan baik. tapi harus beringat jgn sampai ego itu memakan diri sendiri kerana syaitan sentiasa berada dipersekitaran dan sentaisa mahu menyesatkan!!! dan ingatlah setiap sesuatu yg ada didunia ini hanya ESA MAHA KUAT, maka rendahkan diri bila berhadapan dengan ALLAH kerana dihadapan DIA bukan tempat untuk berego. dan ingatlah bila ego bukan pada tempatnya anak buah dibawah pimpinan akan rasa mual dengan sikap dan anda harus tunggu untuk ditukar kan kepada orang lain!!!

bertanggungjawab lah sangat!!!

sah2 lah klu nk jadi pemimpin mesti ada sikap bertanggung jawab, kerana bila anda seorang pemimpin haruslah bertanggungjawab dengan semua yg anda pimpin tidak kira anda berhadapan dengan orang yg bijak pandai atau sebaliknya.
Awal-awal Rasulullah menyatakan, "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya." harus diingatkan jika tak pandai nak pimpin diri sendiri jangan haraplah nak pimpin orang lain. sebab apa tak pandai pimpin diri kerana diri dipimpin oleh nafsu bukan akal, bila nafsu menjadi ketua dalam diri akal akan lemah dan tidak mampu untuk membuat keputusan dan berakhir dengan kerosakan diri. Justeru, bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang baik laksana Umar bin al-Khattab, perlu ada sikap bertanggungjawab. Jangan ada sikap lepas tangan terutama ketika dilanda masalah.

mesti pandai control orang.

? anda tahu bagaimana...tolong aku!!!!!!


Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

“..Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil..” (Surah An-Nisa’, ayat 58)


p/s: kita bukan perfect tapi boleh jadi perfect dengan mencuba melatih menjadi pemimpin diri sendiri dan barulah beralih kepada organisasi.

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat