Thursday, February 19, 2009

aurat?





AURAT

sejak kebelakang ini aku(ana) tgk byk manusia zaman skg ni meremeh-remehkan hal2 yg berkaitan aurat ni,,dorg ingat aurat ni bukan syariat yg telah ditetap kan oleh ALLAH,,OR pun dorg wat tak tau je,,,yela nak sgt berfesyen sampai tak nk ambil tau lnsg tentang syariat agama ni,,nak ikut kamal attartuk kot,,,yela ketika mane si laknat kamal attartuk tu mase die memerintah tak suka orang perempuan pakai jilbab ni(pakaian menutup aurat) sapa pakai kene tangkap,,,haa,,tu org agama islam tu,,,dah tak berpandukan pade quran dan sunnah,,,hanya berpandukan pada peraturan manusia,,,adakah kite seperti itu? tye diri,,,,

oklah arini aku(ana)nak beritahu sikit la about aurat ni,,sebab aku(ana)sentuh bab ni bukan ape coz nak bg penerangan lebih terperinci kepada mereka yg suka sgt perlekehkan hukum ALLAH,,,aku(ana) cakap ni bukan untuk perempuan je tapi laki pun sama,,kene fair la,,,hehehe nnt ade org cakap belakang plak kate aku(ana) ni berat sebelah,,ok seterusnya,,,

firstly i want to talk about definisi aurat:-

aurat dalam bahase arab bererti:kurang,jelek,buruk,keaiban or malu...
pada istilah fiqh plak:aurat bererti yang wajib ditutup dan dilindungi dari dilihat dan disentuh...


Ibnu taimiah telah membahagikan kepada 3 faktor kenapa perlunya manusia menutup aurat:

1)untuk mengelakkan dari perkara keburukan,kekejian dan keaiban.
2)untuk mengelakkan berlakunya syahwat dan rangsangan melakukan hubungan seks.
3)mengambil perhiasan

ALLAH TAALA berfirman:

"wahai anak2 adam!pakailah pakaian kamu yg indah berhias pada tiap2 kali kamu ketempat ibadat (atau menerjakan sembahyang),dan makanlah serta minumlah,dan jangan pula kamu melampau,sesungguhnya ALLAH tidak suka akan org yang melampaui batas"...(al-a'raf:31)

ok tadi tu faktor kenapa kite ni ditegah dari membuka aurat,,,cuba kite lihat zaman skg ni banyak terpengaruh dengan style barat yg boleh aku(ana) katekan pakaian dorg macam boleh dikatekan bogel je bile berjalan,,,faham2 jela apa yg nak dimaksudkan,,,disebabkan pakaian sebegitu la byk gejala sosial yg berlaku,,ade yg kene rogol,ade yg melakukan seks rambang,ade yg buang anak dan macam2 lagi,,,hanya sebab tak menutup aurat banyak bende yg berlaku,,,sebab itu islam menggariskan panduan untuk semua masyarakat islam dalam hukum menutup aurat.ok seterusnya...

aurat ni terbahagi kepada empat bahagian:

1)aurat lelaki dengan lelaki:-

maka auratnya diantara pusat dan lutut.

Dari Ibnu Abbas RA bahawa berkata: Rasulullah SAW bersabda:"tutuplah pehamu kerana peha lelaki adalah di antara auratnya"

dalam riwayat lain,Baginda SAW bersabda kepada saidina Ali RA:" jangan kamu menampakkan pehamu dan jgn kamu lihat kepada peha org yg hidup dan juga pada org yang mati "

jika seorang lelaki melihat lelaki remaja or muda dengan syahwat atau melihat dengan mendatangkan fitnah,maka tidak boleh memandangnya.Demikian juga tidak boleh seorang lelaki berbaring dgn seorang lelaki dengan satu selimut,kerana terdpt tegahan dari RASULULLAH SAW:
"seseorang lelaki tidak bole melihat aurat lelaki yg lain,dan seorang perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan yg lain,seorang lelaki tidak boleh bercampur dengan lelaki lain dalam satu pakaian dan seorang perempuan tidak boleh bercampur denagn perempuan yg lain dalam satu pakaian"

2)
aurat lelaki(ajnabi=asing) dengan perempuan:-

maka auratnya diantara pusat dan lutut,,ape yg penting kepada org perempuan aurat ke bukan aurat ke jgn tgk lama2 ye,,klu TERpandang jgn mengulangi pandangan untuk kali yg kedua,,,itula yg terbaik,,,

3)aurat perempuan dengan perempuan terbahagi kepada 2:-

*aurat wanita islam dengan wanita islam:

aurat nya sama dengan aurat lelaki iaitu diantara pusat dengan lutut sekira bile keadaan aman dari fitnah,tapi perlu dingat sekiranya mendatangkan fitnah diantara kedua-duanya eloklah menutup seperti biase,,Namun langkah berhati-hati yg digariskan oleh islam,supaya seorang wanita harus memelihara tubuh badan dari pandangan dr wanita yg lain bg mengelakkan wanita lain menceritakan perihal kepada lelaki lain,,,Rasulullah SAW telah menegah dalam hal ini,,,
Sabda Nabi SAW:

"JANGANLAH SEORANG WANITA BERSENTUHAN DENGAN WANITA YG LAIN,KEMUDIAN DIE MENSIFATKAN KEDAPA SUAMINYA MAKA SEOLAH-OLAH SUAMINYA MELIHAT WANITA ITU SENDIRI"

*aurat wanita islam dengan wanita kafir:

maka auratnya seluruh tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan sahaja...yg ni aku(ana) nak kamu semua cari kenapa? ni task ni,,,,hehehe,,lps tu gtau ye kat chatters...

4)aurat perempuan dengan lelaki:-

maka aurat nya seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua telapak tangan,bg aku(ana) ini lah yg menjadi bahaya zaman skg ni,,wanita suka menonjolkan aurat mereka kepada org ramai bukan aurat yg ringan2 je,,,aurat yg berat2 pun sama,,klu boleh nak tonjolkan ape yg die ade,,begitu megah sekali berjalan bila org ramai kate cantik siot minah tu,,badan gebu,,wow,,,marvellous,,i like it,,,tula yg dorg suka kan,,,oleh itu kepada mereka yg bergelar wanita tutupilah aurat kamu kerana badan kamu itu hanya milik suami kamu sahaja,,,

Firman ALLAH TAALA:" Dan mereka yang menjaga kehormatannya,kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela " (al-mukminun:5-6)

TUDUNG

habis juga bab aurat,,,skg ni aku(ana) nak tulis satu je lagi about tudung,,,skg ni tudung kat malaysia bermacam-macam,,,ade yg nmpak leher,ade yang nmpk telinga dan ade yg jenis nak nmpk rambut depan je,,datin la selalu nya,,n macam2 lagi,,,yg perfect bertudung tu alhamdulillah la,,tapi yg tudung nmpk aurat ni,,mazhab mana la dorg ikut,,,ayah pin kot,,hehehe,,,

FIRMAN ALLAH TAALA" wahai nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan mu serta perempuan-perempuan yang beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bg menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar),cara yg demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan yg baik-baik,maka dengan itu mereka tak diganggu dan ingatlah ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (al-ahzab:59)

Ayat diatas menunjukan wajib kepada semua wanita menutup auratnya dengan memakai tudung yg bercirikan kepada ayat diatas,,,cuba bayangkan muka saudari dicermin mana yg lebih cantik bila pakai tudung cantik ke or tak pakai lagi cantik,,,jawapannya ade dihati saudari sendiri,,,biar buruk di dunia tapi cantik nya diakhirat,,syurga menanti,,,ingat lah janji ALLAH,,,ALLAH TIDAK PERNAH MUNGKIR!,,,,

Bagi mereka yg tudung plak jgn rasekan anda betul laksanakan hukum islam,,,sekadar pakai tudung tak sembahyang,tak puasa,tak bayar zakat,,adekah anda ni sudah cukup dikatekan seorang muslimah yg sejati?,,tentunya tidak,,,satu bende yg aku(ana) nak ingat kan jgn lah disalahkan tudung wanita ni sekiranya mereka berakhlak buruk tapi salahkan akhlak wanita itu sendiri,,,cubala ubah sikit demi sikit untuk menjadi seorang wanita yg sempurna dan solehah..

akhir aku(ana) minta maaf sekira nya penulisan ini ade yg terasa, bukan niat untuk menyakitkan hati kalian tapi untuk kite sama-sama beringat penting nya topic ini dalam kehidupan seharian,,,cantik sesorang bukan pada rupanya tapi pribadinya,,,wslm,,,,,,

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat