Sunday, February 15, 2009



SURAH YASSIN :36] Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.



———-JODOH SESAAT———-



Maha Suci Tuhan yang telah memberi ketenangan

Dalam sujud taubat, hajat, istiqarah,syukur dan dhuha

Dalam kekeliruan mencari cinta

Lantaran usia kian mengejar

Apalagi mereka yang seusia telah menginjak fasa

Yang bukan lagi di gelar dara rebutan!


Dalam kata mereka, ku terima sebagai nasihat

Dan senyum bonda, senyum berhajat

Ku selami erti tersirat

Mahu aku punya pembimbing kampung akhirat


Bukan aku tidak mahu

Bukan hanya tunggu menanti seru

Tapi aku terkeliruDalam usaha itu

Adakalnya tersasar dari jalan Mu


Lantas aku undur langkah

Dalam taubat ku mohon keampunan

Dalam hajat ku mohon pertolongan

Dalam istiqarah ku mohon pilihan

Dalam syukur ku mohon pemeliharaan

Dalam dhuha ku mohon kurniaan!


Masih terngiang lagi sinis kata menguji iman

Kalau kau tu baik sangat…

Kenapa belum punya teman?


Bagaimana harus aku bicarakanJodoh

bukan untuk orang yang baik…sahaja

Orang tak baik pun ada jodoh juga

Sudah termaktub janjiNya


Lelaki baik untuk perempuan baik bergitu juga sebaliknya

Yakin lah…

Ajal. maut, jodoh, pertemuan ada hikmat

Bila masanya datang pasti takkan berganjak walau sesaat!




...........................................................................................................



SIKAP MENJAGA DIRI DAN MALU AKAN MENAMBAHKAN KECANTIKAN ORANG-ORANG YANG SUDAH CANTIK.

Apakah engkau pernah mendengar berita Ummu Salamah , salah seorang isteri Rasullullah saat ia mendengar suaminya bersabda:

“Barangsiapa yang menyeret kainnya keranasombong, maka Allah tidak akan memandangnyapada hari qiamat nanti”.

Ummu Salamah bertanya:

“Bagaimanakah kaum wanita harus berbuatterhadap hujung kainnya?”
Rasulullah menjawab:

“Hendaklah mereka menjulurkannya sejengkal”.
Ummu Salamah bertanya lagi:

“Bagaimana jika terlihat mata kakinya?”
Rasulullah menjawab:
“Maka hendaklah mereka menjulurkannyasehasta dan tidak boleh lebih.”
Seorang masih hidup dengan baikselama mempunyai rasa malusebagaimana batang kayu masih akan tetap kekalselama terbungkus oleh kulitnya
Tidak, demi Allah, tiada kebaikan bagi hidupiniapabila rasa malu telah hilang darinya
BEKALAN:Keselesaan tubuh kerana sedikit makanKeselesaan jiwa kerana sedikit dosaKeselesaan hati kerana sedikit keinginanKeselesaan lisan kerana sedikit bicara

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat