dalam sela aku bernafas terlintas satu perasaan yg aku sendiri tidak tahu kenapa?
banyak kenangan yg terlalu pahit dlm kehidupan manusia termasuk aku insan yg tidak punya apa-apa melainkan kerdil sungguh disisiNYA. bila membelek satu persatu kisah kehidupan begitu merasakan aku sendiri malu terhadap diri sendiri yg dulunya begitu jahil sehingga menolak agama untuk tidak berpegang pada ajaran yg hakikatnya agama itu adalah untuk menjaga dan melindungi dari terjebak keasyikan dan kemewahan dunia. itu hanyalah salah satu lintasan kehidupan yg dulunya aku tidak tahu apa2 setelah kini aku ketemu jalan yg punya erti dan makna.
bukan untuk mengimbau kenangan yg pahit dan hina itu tapi dipagi yg segar dengan perasaan cinta yg lama tiba2 menerjah masuk dlm fikiran sehingga aku terfikir untuk menulis disini.
dulunya aku pernah bercinta dan cinta pertama aku membuatkan aku sudah terbuka untuk menerima kehadiran wanita dalam hidup yg mana sebelum ini aku tutup hati ini untuk menerima insan yg bergelar WANITA. mungkin cinta aku hanya bertahan selama 3 tahun setelah kami membuat keputusan untuk berpisah setelah adanya kehadiran orang ketiga. aku tidak menyalahkan dia tapi aku cuma terasa terkilan kenapa? aku terus positif dalam keputusan dengan penuh rasa REDHA walaupun hati ini terlalu berat untuk menerima kenyataan setelah 3 tahun berlalu namun berakhir dgn perpisahan. cukuplah aku merasakan yg aku sendiri belum cukup rasa sempurna untuk menyintai seorang wanita dan cukuplah keputusan ini untuk aku lebih mendalami siapa diri aku agar kelak masa hadapan aku dapat menjaga seorang WANITA.
dia wanita yg baik dan peribadinya buat aku rasa dialah wanita idaman namun disebalik itu ALLAH lebih tahu yg terbaik untuk kita dan REDHA itu adalah jalan yg terbaik untuk menerima ketentuan ALLAH. ALHAMDULILLAH ALLAH telah hadirkan untuk dia seorang jejaka yg benar2 boleh menjaga dan melindungi dia. aku bersyukur! hanya aku mampu mendoakan kebaikkan dan ALLAH melindungi rumah tangganya serta memperolehi zuriat yg soleh.insyaalah.
setelah berlalu dan tahun silih berganti, aku cuba untuk kali kedua dan akhirnya aku ketemu CINTA kedua.
dia wanita yg baik dan terlalu baik dan peribadinya juga sama seperti cinta pertama yg telah lama aku tinggalkan kenangan itu. alhamdulillah AKU BERTEMU dengan beliau dan aku sangat bahagia walaupun kita jauh tapi doa membuatkan kita selalu dekat. faham dengan tuntutan syarak dlm perhubungan membuatkan cinta aku bertambah kuat dan yakin dengan dia. namun siapalah aku untuk merancang melainkan ALLAH lah sebaik perancang. tidak sampai setahun hubungan dengan nya aku membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan ini demi kebaikkan bersama. bukan aku saja untuk aku putuskan hubungan ini tapi aku tidak berhak untuk dia demi menjaga kebahagian dia kelak. dia tidak tahu siapa aku dan aku sendiri tidak yakin dengan diri untuk bersama dengan beliau tapi percayalah niat aku hanya satu untuk menjaga kebahagian dia.
ALLAH telah aturkan yg terbaik dengan menghadirkan seorang TEMAN RAPAT serumah yg juga meminati dia. walaupun TEMAN itu tidak tahu yg selama ini aku bercinta dengannya. aku merahsiakan dan ALLAH telah membuka ruang untuk aku putuskan hubungan dengan dia dan hadirkan dia dengan lelaki yg boleh membahagiakan kelak. walaupun hati ini pedih untuk berpisah dengan nya tapi biarlah WANITA itu tahu bukan aku sengaja untuk putuskan hubungan dengan nya tapi aku sendiri ada alasan yg tidak boleh aku teruskan hubungan dengan nya demi kebahagiannya pada masa hadapan.
kini wanita itu sudah berbahagia dengan teman rapat aku sendiri walaupun terdetik dalam hati ini perasan cemburu tapi aku harus redha perpisahan ini berpunca dari aku dan aku sendiri mahu wanita ini bahagia dengan kebahagian yg sepatutnya dia perlu miliki dari aku sendiri tidak tahu bahagia atau tidak. betul, siapalah aku mahu katakan tentang masa hadapan tapi siapa aku jika aku sendiri tidak layak untuk berbicara tentang cinta jika tidak dapat membahagiakan wanita itu untuk masa akan datang. biarlah aku meramal pada perkara yg baik untuk wanita itu dari aku teruskan hubungan ini yg tidak tahu apa akan berlaku kelak. moga dia berbahagia dan kini kami tetap berkawan walaupun tidak seperti dulu. harus terima hakikat hidup ini.
masa telah lama berlalu dan tinggal bersama kenangan dan kini aku hanya seorang pemerhati yg bertepuk sebelah tangan dan tidak mampu untuk meluahkan rasa cinta melainkan aku hanya terus berdoa untuk kebaikkan diri dan orang yg aku sayangi walaupun sudah berputik nada cinta tapi aku diamkan agar semuanya kembali kpd KETENTUAN ALLAH. memang benar aku kini bertepuk sebelah tangan dan kini aku hanya berdoa dan terus berdoa...biarlah aku bertepuk sebelah tangan kerana aku tahu ALLAH mendengar tepukan itu terkena atau sebaliknya. aku PASTI ALLAH akan menjawab segala tepukan itu. insyaallah!
p/s: hanya berserah dan mungkin inilah proses kematangan..
MAKAN SEAFOOD MELEDAK DI ASHHRYSHOSHEDAP
10 hours ago
0 comments:
Post a Comment