Thursday, July 5, 2012

HUKUM MELAMBATKAN HAID DLM HAL IBADAH (puasa)

HUKUM MELAMBATKAN HAID DLM HAL IBADAH (puasa atau umrah haji)

HAID : 

menurut bahasa, berErti sesuatu yang mengalir.

Dan menurut istilah syara’ ialah darah yang terjadi pada wanita secara NORMAL, bukan karena suatu sebab, dan pada waktu tertentu.

Didalam Al-Qur’an haid dijelaskan dalam QS. Al-Baqarah ayat 222

Artinya: Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah, “Itu adalah sesuatu yang kotor.” Karena itulah jauhilah istri pada waktu haid, dan janganlah kamu dekati mereka sebelum mereka suci.

kebanyakkan wanita akan mengambil inisiatif makan ubat melambatkan haid dlm melakukan ibadah2 wajib seperti menunaikan ibadah puasa dan umrah mahupun haji.

disitu ulamak ad membincangkan perkara ini mengikut keperluan atau mudharat dlm hal ini.

Aisyah r.a yang ertinya:

“Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan mengqadha shalat.”

dalam hadith diatas jelas jika keadaan biasa dimana fitrah seorang perempuan akan didatangi haid mengikut masa yg ditentukan tanpa perlu untuk menafikan fitrah haid bg seorang perempuan dimana keringanan itu terdapat pada seorang wanita dan tidak bg seorang lelaki.

kenapa perlu untuk melakukan sesuatu yg telah ALLAH dtgkan keringanan dengan melakukan hal2 yg menafikan kehadiran haid pada waktu yg telah ditetapkan?

Syekh al-Qordhowi berkata,

”lebih afdhal jika segala sesuatu berjalan secara alamiah sesuai dengan tabiat dan fitrahnya,”

Oleh sebab itu, Allah SWT mewajibkan berbuka bagi wanita yang sedang haid dan bukan membolehkan mereka untuk berbuka, bahkan apabila dia berpuasa, puasanya tidak akan diterima bahkan justeru berdosa. Wanita yang sedang datang bulan hendaklah bersabar dan mengharap pahala, berzikir kepada Allah, bersedekah, berbuat baik kepada orang lain dengan kata-kata dan perbuatan.

namun, bukanlah ini bermaksud untuk menafikan apa yg dikata tentang HAID bg seorang perempuan tapi sebagai seorang muslimah juga mahu melakukan suatu perkara yg sempurna dlm melakukan ibadah2 sepertimana kesempurnaan itu dpt pada seorang lelaki.

dalam kitab fatawa muasorah karangan dr syeikh yusf al-qordowi telah menyatakan bahawasanya tidak menjadi kesalahan bg seorang wanita untuk mengambil ubat melambatkan haid namun ade beberapa syarat yg telah ditetapkan bg membolehkan perkara diatas:

1) ubat itu tidak memudhratkan selepas wanita itu mengambilnya.
2) sebelum mengambil ubat perlulah mendapat nasihat dari pakar samaada dari doktor pakar atau dari mereka yg arif dalam hal keperempuanan.

berdasarkan firman Allah dalam surat Al-Baqarah ayat 195

Artinya :“…Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, …”.


p/s: 
‎'sebaik yg mungkin , ikutlah fitrah yg ditetapkan ALLAH'...

-rujukan-

fatwa muasoroh : jilid 1

p/s: sekadar perkongsian namun jika ada terdapat kesalahan tolong betulkan...

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat