Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.
Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
nasihat itu tidak pernah aku gambarkan apatah lagi untuk diamalkan, dulu aku seorang yg sombong malah tidak terniat untuk berukhwah dan bersahabat. aku tidak pernah percaya pada sesiapa dan cukup kisah2 dahulu buat aku rasa tidak perlu lagi aku percaya manusia yg mahu untuk berkawan.
ya! memang salah tindakan aku dan memang bersalahan dgn septutnya rasulullah anjurkan pada kita sebagai ummatnya 'golongan yg akan mendapat naungan ALLAH dipadang masyar kelak adalah 2 sahabat yg saling mencintai kerana ALLAH'
kini aku baru sedar dan betapa begitu angkuhnya aku disisi manusia sehingga terpaksa kepuraan untuk duduk bersama mereka sedangkan mereka ikhlas dlm berkawan. maafkan aku TEMAN. kini aku bukan lagi seperti dahulu.
setelah lama duduk diBUMI tarbiah ini kini aku baru mengerti asas ukhwah itu adalah KEIKHLASAN tanpa sepadan.
baru semalam mereka pulang kini aku rasa seolah keseorangan dan begitu cepat merindui mereka yg sering bersama aku dlm susah dan senang. aku gelarkan mereka sebagai adik dan juga sahabat yg sering memberi sokongan dan dokongan malah teguran yg sering aku lakukan. tanpa mereka aku tidak tahu SIAPA AKU.
HADITH :
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
muhammad amin bin shahril |
mohd hisyam mahadi |
alhamdulillah....kini baru dapat merasakan nikmat PERSAHABATAN.
0 comments:
Post a Comment