Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, April 26, 2009




MEXICO CITY 25 April – Seramai 68 orang maut akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi, lapor Setiausaha Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova.Menurut beliau, sekurang-kurangnya 1,004 yang lain pula sakit dipercayai akibat penyakit yang sama.(gambar - ORANG ramai memakai penutup hidung dan mulut berbaris untuk memasuki Hospital Besar Mexico City, kelmarin.– AP/REUTERS)Sebanyak 13 daripada 20 kematian tersebut berlaku di Mexico City, empat di San Luis Potosi, dua di Baja California berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) dan satu di selatan Oaxaca.Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa semalam telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater, bagi membendung penyebarannya.Virus baru yang merisaukan itu, yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini, turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang sakit di Texas dan California, walaupun masih belum ada kematian dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).‘‘Kami sangat sangat bimbang. Kita sedang berdepan dengan satu virus baru dan ia tersebar daripada manusia kepada manusia,’’ kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.Penyebaran virus selesema babi itu menimbulkan suasana cemas di Mexico apabila orang ramai mula mengenakan topeng muka dan pihak berkuasa mengarahkan penutupan tempat-tempat tumpuan umum secara meluas.Orang ramai diminta tidak datang ke hospital melainkan benar-benar memerlukan rawatan kerana premis itu menjadi ‘pusat’ penyebaran wabak. Selain itu, orang rami juga diminta berhenti seketika daripada bersalam tangan atau mencium pipi. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City, setiap penumpang disoal bagi menghalang sesiapa yang mempunyai petanda demam daripada menaiki pesawat.Presiden Felipe Calderon berkata, kerajaannya hanya mengetahui tentang bahaya virus itu kelmarin, dengan bantuan makmal antarabangsa.‘‘Kita akan lakukan apa yang perlu, kita juga faham betapa seriusnya perkara ini,’’ katanya selepas mengadakan pertemuan dengan barisan Kabinetnya sebagai respons kepada penyebaran wabak itu.Dalam pada itu, sekumpulan panel pakar WHO sedang bersidang bagi menimbangkan sama ada untuk mengumumkan amaran berjaga-jaga wabak atau mengeluarkan larangan perjalanan.‘‘Ia mungkin sudah terlalu lambat untuk mengekang wabak itu daripada merebak,’’ kata seorang pakar, Dr. Michael Osterholm dari University of Minnesota. – AP

Saturday, April 25, 2009


Anak ikut agama asal ibu bapa bercanggah syarak...

untuk keterangan lebih lanjut pihak PMRAM telah mengeluarkan draf cadangan bg kes bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40,,,lawati laman www.pmram.org

p/s: dalam hal ni pihak kerajaan kene rujuk org yg lebih arif,,,jgn terlalu cepat dlm mengeluarkan hukum,,,

Thursday, April 9, 2009

kabinet


Perdana menteri - 
Datuk Seri Najib Razak 

Timbalan perdana menteri - 
Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah 

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak 

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah 
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan) 

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin 
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan) 

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat 
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan) 

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan) 

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan) 

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim 
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan) 

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan) 

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal 
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan) 

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin 
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan) 

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan) 

Menteri sains, teknologi dan inovasi 
Datuk Dr Maximus Ongkili 
Fadillah Yusof (timbalan) 

Menteri sumber asli dan alam sekitar 
Datuk Douglas Uggah Embas 
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan 
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan) 

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan) 

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan) 

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan) 

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek 
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan) 

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan) 

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan) 

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan) 

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan) 

Menteri luar
Datuk Anifah Aman 
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan) 

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)


p/s: harap2 yg baru ni tak menjadi pak turut najib,,,

Thursday, April 2, 2009


Khamis 2 April 2009 | 6 Rabiul Akhir 1430 Hijrah

Siti Nurhaliza, Dato' K temui Nik Aziz

Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir
Thu | Apr 02, 09 | 7:34:54 pm MYT

KOTA BHARU, 2 April ((Hrkh) - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin hari ini melakukan kunjungan hormat terhadap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut.
Iklan




� Ketika ditemui selepas kunjungan itu beliau melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan.

"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat.

"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa.

"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," ujarnya.

ImageBeliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar berlangsung kira-kira setengah jam turut dihadiri suaminya, Dato' Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan 'Dato' K'.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan 'Siti' mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana diundang membuat persembahan pada majlis Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda malam tadi.

Sempena kunjungan itu, Siti turut menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar juga menyampaikan cenderahati kepada mereka.

Pada pertemuan tersebut Dato' K juga bertanya tentang kesihatan Menteri Besar yang dihidapi sebelum ini.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar dan pejabat berdekatan turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar. - mj/mks.�� _

p/s: doa bersama agar siti boleh menjadi pendakwah seni,,,,,

Saturday, March 21, 2009

Kemenangan tiga PRK boleh sekat Najib jadi Perdana Menteri

Muhammad Arif Ismail
Sat | Mar 21, 09 | 10:02:00 am MYT

Bangi, 21 Mac (Hrkh) - Naib Presiden Pas, Dato' Paduka Husam Musa memberitahu kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai boleh menyekat hasrat Najib menjadi Perdana Menteri.

Iklan

"Hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri selepas Mesyuarat Agong Umno yang akan bermula pada 24 hingga 28 Mac ini. Namun peralihan kuasa ini dapat disekat," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu forum yang bertajuk Forum Kupasan Intelektual Krisis Perlembagaan Perak & Malaysia diadakan di Masjid An-Nur Bandar Baru Bangi yang turut dihadiri oleh Prof. Dr. Aziz Bari dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi.

Namun, Ahli Parlimen itu tidak dapat hadir ke forum tersebut dan digantikan oleh Presiden Gabungan Persatuan Anak Perak, Mohd Hafiz Sabri yang dipengerusikan oleh Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Nizamuddin Sulaiman.

Forum tersebut dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama dari Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB).

"Agenda kita yang pertama ialah di tiga pilihanraya kecil iaitu di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

"Kalau kita boleh menang di tiga tempat ini, semua parti dalam Barisan Nasional 'laris' untuk berjumpa dengan Pakatan Rakyat.

Setiap daripada kita mesti ada tugasan dalam pilihanraya kecil ini, jangan duduk dengar forum ini, balik rumah, minum kopi dan sebagainya dah lupa," katanya.- azm_

p/s: kite tunggu ye,,,,kite tgk ye sapa yg menang,,,

Thursday, March 19, 2009

Pembunuhan Laila, tamparan hebat kepada proses perdamaian di selatan Thai

19/03/2009 4:12pm

BANGKOK 19 Mac — Dakwaan pembunuhan kejam tokoh aktivis hak asasi wanita Islam Laila Paaitae Daoh oleh puak pemberontak merupakan tamparan hebat dalam usaha menamatkan keganasan di wilayah selatan Thailand, kerana lebih ramai kumpulan hak asasi menjadi sasaran puak pemberontak dan pasukan keselamatan di negara itu.

Menurut Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia, Brad Adams, pembunuhan Laila pada 12 Mac lepas merupakan kehilangan besar kepada mereka yang cuba mencari penyelesaian secara aman kepada konflik di selatan negara itu yang telah mengorbankan lebih 3,500 orang sejak lima tahun lepas.

“Pembunuhan kejam Laila merupakan sebahagian daripada usaha pemberontak menimbulkan ketakutan dan menyerang orang Islam yang menentang puak pemberontak atau menyokong pihak berkuasa Thailand,” katanya di sini hari ini.

Laila dan keluarganya telah lama menerima ancaman dan menjadi sasaran serangan puak pemberontak. Puak pemberontak didakwa membunuh anak lelaki sulungnya pada 2004 dan suami dan anak lelaki keduanya pada 2006.

Menurut HRW, puak pemberontak di kawasan zon merah yang diisytiharkan oleh kerajaan di wilayah sempadan selatan negara itu menggunakan kekerasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk cuba mengawal penduduk Islam. — Bernama

p/s: dimana maruah islam,,,hanya kalian yg tahu jawapan nya,,

Wednesday, March 18, 2009

Lelaki Austria mengaku lakukan sumbang mahram



JOSEF FRITZL menutup mukanya ketika di mahkamah.

Josef Fritzl, hakim, hadirin tonton keterangan video mangsa defendan di mahkamah

ST. POELTEN: Warga Austria, Josef Fritzl, 73, semalam mengaku melakukan sumbang mahram dan mengurung anak perempuannya Elisabeth selama 24 tahun sehingga melahirkan tujuh orang anak, tetapi tidak mengaku menjadikannya hamba seks atau membunuh bayi lelaki mereka yang baru lahir.

Dalam perbicaraan yang diadakan di sebuah mahkamah di sini, Fritzl yang menutup mukanya dengan fail biru, hanya mengaku sebahagian tuduhan merogol dan melakukan paksaan, berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan atas dakwaan menyebabkan kematian.


Kesalahan sumbang mahram, bagaimanapun, hanya dikenakan hukuman setahun penjara jika disabitkan.

Pendakwa raya, Christiane Burkheiser mendakwa, Fritzl mengurung Elisabeth di dalam sebuah ruang sempit, enggan bercakap dengannya selama bertahun-tahun dan hanya datang untuk merogolnya.

Malah, perbuatannya itu kerap kali dilakukan di hadapan anak mereka. Ketika membaca pertuduhan, Burkheiser menyifatkan Fritzl sebagai seorang penculik kejam, manusia tidak berguna dan menjijikkan yang sanggup mengurung anak prempuannya di dalam ruang sempit, kotor malah tidak mempunyai bekalan air panas.

Tertuduh juga merogol Elisabeth berulang kali di hadapan anak mereka.

"Pada suatu ketika, Fritzl menghukumnya dengan memutuskan bekalan elektrik menyebabkan Elisabeth terpaksa tinggal dalam kegelapan selama berhari-hari bersama anak kecil mereka.

"Perkara yang paling menyedihkan ialah selama 24 tahun mereka tidak pernah melihat matahari. Suasana dalam bilik kurungan itu juga lembap dan berbau hapak," katanya.

Burkheiser menyifatkan kehidupan Elisabeth hancur berikutan tindakan Fritzl. - AP


p/s: bila tak ade ilmu didada camni la jadi nya,,,oleh itu carila ilmu agama sebanyak mungkin untuk jd pedoman hidup,,,

Saturday, March 14, 2009

Rumah Pelajar Pintar

Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.


p/s: tu yang susah,,,yang senang ni tak nak ke jadi macam si pintar tu,,,ingat mak bapak kaya korang bleh kaya la,,,lupakan,,,hahaha,,

Thursday, March 12, 2009

salam,,,

saja je aku letak bende ni,,,tapi cuba kita fikir sampai bile orang islam nak capai seperti yang tertera dibawah,,yang bawah ni conform la kaya dengan mengamal kan riba..sebab tu harta bertambah,,,tapi bg aku klu islam never n ever with riba,,,coz riba tu haram,,,biarlah kekayaan tu datang dengan cara yang halal,,,

for ur information,,,i got from berita harian,,,

Senarai terbaru 20 terkaya di dunia

NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:

1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)

3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman

10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat