Wednesday, May 9, 2012

SAD...


aku tidak tahu mengapa dan sering ianya terjadi pada aku sendiri yg mana kadang2 aku sendiri tidak mampu untuk menghadapinya.

kawan?

aku tiada sesiapa disisi, aku hanya hidup bersendirian diperantau tanpa aku ditemani hakikat kawan itu sendiri.

aku punya kawan tapi aku merasakan seolah aku bersendirian. aku tiada teman untuk aku bualkan aku tiada teman untuk aku bicarakan masalah. aku tiada sesiapa.

aku sekat segala kasih sayang demi aku sendiri tidak mampu untuk mempercayai sesiapa sahaja mereka yg berada dikeliling aku sendiri.

mungkin itu silap aku! ya mmg silap aku yg masih tidak terbuka untuk percaya kata manusia. boleh saja apa meraka kata adalah salah dan aku sendiri tidak pernah ambil peduli.

aku bosan!

aku mencari siapakah TEMAN baik untuk diri ini yg sombong. aku temui walaupun begitu berjaga untuk tidak menyerahkan segala kepercayaan aku kepadanya.

begitu baik padaku tanpa sedikit aku meragui keikhlasan sepanjang kami mengenali selama 3 tahun. mulanya aku sendiri tidak percaya hidup aku sudah punyai teman yg terlalu aku sayang sehingga aku sendiri tidak mahu melepaskan nya.

aku kejam.

mmg aku kejam sehingga aku tidak mahu dia jauh dari aku yg mana aku sendiri perlukanya sepanjang diri aku yg yg bermasalah.

setiap waktu kami berjumpa bukan kerana perjumpaan yg sia2 tapi kadang2 dia tempat aku mengadu dan dia tempat aku gembira walhal aku tahu aku mempunyai kawan yg ramai tapi bagi ku dia adalah kawan dan adik yg tidak pernah aku lalui hidup bahagia dan terisi begini.

aku sendiri takut akan kehilangan nya tapi bila aku berfikir sejenak AKU KEJAM dan aku sepatutnya perlu rasa hidup bersendirian tanpa teman. aku tidak perlu bergantung harap dgn teman yg rapat. aku perlu belajar hidup sendirian!

aku duduk dihadapan pc ini hanya satu aku mahu luahkan AKU TERPAKSA BELAJAR HIDUP SENDIRI WALAUPUN KAWAN MENGENALI AKU SEBAGAI SEORANG YG BERDIKARI. aku terpaksa dan aku terpaksa dan jika ianya berterusan bagaimana aku mahu hidup dimalaysia kelak?

mode : SEDIH.

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat