Friday, February 25, 2011

aturan kehidupan

nafas ku melirik lirik indah untuk diungkap dgn madah yg harmoni. aku masih terfikir konklusi hidup yg selama ini hanya mimpi tiada kenyataan. aku duduk mengikut irama kekiri kanan membuai perasaan yg tiada hakikat. semuanya angan2!!!

tiada yg indah dan tiada yg cantik dunia ini. setuju atau tidak ia tetap kenyataan yg perlu diterima agar minda cakna dengan kehidupan. tiadalah ALLAH mencantikkan bumi semata-mata untuk memberi keselesaan bagi sang manusia dan tiadalah ALLAH menciptakan siratan sebalik hakikat untuk haiwan manawi untuk tidak berfikir sedang semuanya adalah BERMAKNA.

dunia begitu sibuk dan manusia sudah pasti tiada masa untuk melihat dunia kerana dunia manusia dicipta untuk dimensi yg dicipta manusia itu sendiri. lihat lah dunia tiada yg peduli semuanya kerana manusia. manusia bertindak kejam sesama sendiri dan lebih exotic manusia lebih suka perkataan kejam atas dirinya sendiri dan tidakkah manusia itu istimewa?

berbicara kehidupan ibarat pelangi yg mempunyai berbagai warna. ada bermacam-macam perasaan jika hidup ini disandarkan pada warna. sedih dan pilu kala ini manusia suka pada warna2 yg tidak zahir kecantikannya dan dipandangan mata hanya cantik tapi hanya kotor meliputi warna itu. itulah manusia tidak mengerti bila melalui kehidupan sendirian tanpa ditemani peneman setia.

jam berputar mengelilingi tiada henti dan tidak ditinggalkan walaupun sesaat. manusia pula senantiasa lupa kealpaan yg masa itu tidak sesekali mengejar apatah lagi untuk berpaling walau untuk seketika. manusia dan manusia hanya pengin leka yg tiada kesudahan dan manusia sendiri jauh kebelakangan tiada nampak kehidupan dek kelam ketika diufuk senja. aku terfikir bila dan saat nya masa akan cuba mencemburui manusia? esok lusa dan tiada siapa yg tahu....

hidup ini roda yg sentiasa berada dalam peredarannya. bagaimana untuk manusia tidak lari tergelincir dari kelopak2 dlm melalui perjalanan kehidupan. hanya manusia itu sendiri mengetahui nya apa yg mahu dalam hidupnya.!

p/s: mudah untuk melalui kehidupan,,,,, coraklah ia penuh dengan suasana irama yg harmoni.

2 comments:

Ana syaiza - chan said...

Wahhh..bgus nye entry kamo ni...so nice..like it...!! :)

adam said...

thanks syaiza chan,,,blog kamu pun apa kurgnya,,ape2 pun amik yg bermanfaat je,,yg tak bermanfaat angaplah hiburan semata-mata ye,,hehehe

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat