Thursday, February 3, 2011

ceita adaptasi chapter 2

sambung dari chapter satu....
2.

kegembiraan terpancar jelas diwajahku dengan tidak memikirkan lagi apa yg berlaku keatas diri ku selama ini. aku bebas dari cengkaman 'dia' yg selama ini banyak memberi penderitaan keatas diri ku ini. aku belajar dalam keadaan tenang dan tidak perlu aku menghadap muka sibangsat durja itu. aku kembali ceria dengan adanya kawan2 baru yg selama ini kawanku hanya terbatas disekolah sahaja dan kini kawan2 menjadi pendamping hidup sepanjang masa. aku cukup2 gembira dan tidak ada lagi perkataan yg boleh katakan hanya syukur. aku sedar aku adalah anak kecil yg tidak perlu untuk berfikir seperti orang besar tapi keadaan membuat aku perlu berfikir sebagaimana orang dewasa berfikir dan sehingga kini aku mampu menyelesaikan banyak perkara hatta masalah2 peribadi kawan2 dapat aku selesaikan tapi aku bagaimana? hanya ubat penenang menjadi sahabat sejati ku. siapa kata aku ambil ubat aku sakit? tidak aku ambil ubat demi melupakan kisah silam yg banyak menghantui ku.

malam melabuhkan tirai angin diluar sayup2 memanggil lalu menerpa pipi. sejuk! ia sangat sejuk malam itu, lalu hujan turun membasahi bumi, aku terfikir dan jiwa ku resah. tatkala ini aku teringat sesuatu dan aku cuba untuk lupakannya. 'arrrrh!!! tolong saya bang! sakit bang! saya tak nak bang! tolong bang jangan buat saya begini' perkataan itu yang mampu aku luahkan untuk meraih simpati si durja setan itu. tapi tidak dipedulikan bila nafsu menjadi taruhan si syaitan laknatullah. aku hilang pertimbangan lalu meraung sekuat-kuatnya dan tidak mempedulikan sesiapa yg berada disekelilingku. ' kenapa zul? kau ada masalah ke? kalau ade cuba beritahu aku, kalau2 aku mampu untuk tenangkan perasan kau', tidak ada apa! ', aku tidak mampu untuk luahkan segala isihati yg selama ini aku tanggung, aku takut dan aku tidak mampu. aku padamkan ingatan meraka dengan menceriakan diri seperti keadaan tidak berlaku apa2. sebolehnya biarlah aku tanggung sendirian tanpa perlu aku menyusahkan orang lain dan memalukan diri sendiri dengan ceritaku yg sangat menjijikkn!

ketika umurku 12 tahun dan zaman itu berakhirlah zaman kanak2 ku tapi untuk melalui ke umur 12 tahun itu pelbagai rintangan yg perlu aku lalui sehingga keputusan upsr ku terjejas dan aku hilang fokus keatas apa yg berlaku. setiap malam aku dipaksa untuk melayan seorang pelajar yg selama ini aku anggap beliau sahabat aku dan kini menjerat diri aku sendiri. segala cerita dan segala sejarah lampauku semua ditangannya. sejarah ku berulang kembali dan aku dipaksa untuk memuaskan nafsunya setiap malam demi untuk menutup rahsiaku agar tidak tersebar dari pengetahuan orang lain. sebenarnya aku tidak tahu siapa sebenarnya 'sahabat' yg selama ini aku mengaggapnya seperti malaikat kini bertukar menjadi syaitan! kadang-kadang aku tidak percaya kenapa 'sahabat' seperti itu dan tidak terjangkau dalam fikiran aku kanak2 berusia 12 tahun sudah pandai untuk melakukan kerja sekutuk itu. apakah daya aku untuk melawannya sedang dia mampu untuk lakukan apa saja. baru aku mengerti orang kaya tidak semuanya baik hati dan mampu untuk menolong tapi hanya untuk mendapatkan balasan! kecewa! betula orang kata langit tidak selalunya indah kadang2 cerah, kadang2 hujan, kadang2 mendung, kadang2 petir dan begitulah alam dan begitulah aku.

keputusan upsr dan psra sudah keluar dan aku terdetik untuk lari dari mereka2 yg durja lalu aku membuat keputusan untuk bersekolah di sekolah asrama agama. alhamdulillah dan aku bersyukur aku mendapat tawaran untuk melanjutkan ke sekolah agama dan mendapat restu dari keluarga dan 'dia' mementang tindakan ku! aku tidak peduli siapa 'dia' dimata keluarga dan cuma yang aku tahu 'dia' adalah setan bangsat yg merosakkan hidup aku! tujuan aku hanya satu untuk membersihkan diri aku dari segala kotoran luaran dan dalaman bila aku mula belajar agama kelak.

3. bersambung.....


p/s: moral nya korg cari sendiri..cerita ini aku olah dr cerita asal supaya nampak menarik dan tuan nya cerita minta supaya di olah sikit...

--

2 comments:

Nor said...

baguslah..dia dah ambil keputusan yg bijak..

tungkaran hati.blogspot said...

blog marche ....! Votre blog est super.

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat