Wednesday, February 2, 2011

kenapa mubarak,?,,,

salam sejahtera,,,

keadaan mesir.

aku tulis dr berita arab terus menerus tanpa tokok tambah,,,

semalam berlakunya muzoharat(demonstrasi) besaran yg dikumpul oleh perti pembangkang mesir seramai hampir 2 juta org bertempat di medan tahrir,,,

pagi ini berlakunya lagi demo rentetan dari demo semalam dan hari ini terdapat 2 puak dan puak yg pertama pro mubarak dan puak kedua haram mubarak.

hosni mubarak dengan bangganya akan melepaskan jawatan presiden selepas adanya pilihan raya akan datang seperti yg diberitahu malam semalam,,,

rakyat tidak puas hati dan akan menzhoharat lagi hari jumaat ini untuk menyuruh beliau blah dari jawatan presiden dan menjangka akan lebih ramai lagi mengikuti demo ini dan hampir dijanghka berjuta-juta orang. best tak!,,,

kebanyykan tv di mesir banyak menutup cerita sebenar dari rakyat seperti tv rtm malaysia. sedangkan keadaan getting worst.,,,

banyak banduan terlepas dari penjara dan mengakibatkan keadaan semakin huru hara.,,,

keadaan pelajar.

amat mendukacitakan disebabkan keputusan wang. atm tidak berfungsi.

harga barang di kedai2 semakin suke suki naik....taste makanan diturun dari kadar mewah ke kadar darurat. sup sayur pun bleh,, nak makan ayam pun tak dapat jep,,mahal ma..dan lebih penting amalkan kaedah bantu membantu jgn kedek.

keadaan darurat seperti hari2 luar biasa dengan menggunakan kaedah hazri tajawil(perintah berkurung). nak kuar pun teragak-agak sebb banduan semakin suke duduk kat kawasan terpencil.

hari ini dapat berita, semua pelajar malaysia akan dihantar pulang ke malaysia bertahap-tahap. tapi perlu transit di jeddah dahulu. aku dengar cite sebulan gak la duk sana,,,kan seng tak yah tunggu sebulan, dah ade gerak la berperingkat jgn sampai tunggu sebulan. duit tak de ma. ape2 pun teima ksh kerajaan kerana sedar yg kami ni tak selamat.

urusan pengkuliahan akan ditawaqufkan dan pelajar perubatan ain syam cuti 3 bulan dan pelajar pengajian islam selama setahun. setahun itu perlu dimanfaatkan dan ingt semua bawak balik buku fasa 2 dan kita study kat malaysia. dan ingt jgn fikir untuk anda sambung dimalaysia dan futur di tgh jalan.

rumah sewa perlu diselesaikan dengan tuan rumah dan ahli bait aku sepakat mahu mengekal kan rumah kami tanpa perlu melepaskan. bukan senang nak cari rumah balik selepas setahun! boleh jadi lagi mahal. perangai arab bleh berubah. ape2 pun terus jatuhkan mubarak.

dan terakhir arini baru ade internet. mmg best mesir ni dan lagi best dgr lagu mesir selepas berita RTM. ARINI pakat2 pelajar telepon umh di malaysia sementara ada line ni,,bleh jadi lps ni tak de,,,

akhir kalam : terima kasih doakan keselematan kami disini dan kami tau anda begitu risau ttg kami dan jasa anda aku kenang dalam doa ku/

p/s: aku nak packing barang2 dan had 10kilo seorang,,, esok dh mula nk gerak2 ke stesen yg ditetapkan. hidup mesir! hidup ikhwan!

5 comments:

Nor Moscow said...

Semoga adam tak apa2..risau gak kak Nor dok fikir takde khabar berita..finally awak muncul juga..
bila di jangka bertolak balik ke mesia?

adam said...

alhamdulillah kak...semua under control untuk waktu ni jela,,skg ni dh makin teruk...

internet baru ade je n terus bukak blog,,n akak nye blog la saya ziarah dulu,,hehehe

esok dh mula gerak tapi duk jeddah dulu..transit kat sana dulu..

hafiza said...

semoga ALLAH mlndungi saudara..km kt sni xlupa doakn kslmtn suma pljr2 kt sna..

adam said...

terima kasih ats doanya,,,doa2la selalu...semoga husni turun...

Mohamadazhan.com said...

like :) semoga Islam terus bangkit!

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat