Saturday, February 26, 2011

pengumuman dan tazkirah!!!

sekadar pengumuman penting bg pelajar selangor yg belajar dimesir sama ada dibawah tajaan mahupun tidak, anda dikehendaki mendaftar diri anda dengan kadar segera untuk pemprosesan pulang ke mesir.

sesiapa yg sudah mendaftar secara online, dengan rasa hormatnya perlu mendaftar kembali atas sebab berlakunya permasalahan. oleh itu secara terhormatnya saya bg pihak penyampai mohor besar2 BKASM mengkehendaki anda yg berdaftar online untuk menghubungi pihak2 berkenaan dibawah kelolaan ops ehsan dengan melalui 3 talian :

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS

di talian :
03 5514 3520,
...03 5514 3534,
...03 5514 3538..

amat lah penting untuk anda mendaftar supaya memudahkan pihak pengurusan. jangan tanya kenapa pendaftaran online bermasalah kerana pihak sana juga tiada jawapan. oleh itu just do it like they said!!!

daftar jangan tidak mendaftar kerana daftar anda penentu adakah kapal terbang penuh ataupun sebaliknya. jangan futur ditengah jalan.

akhirnya,

tazkirah bg pagi ini hendaklah kita rapatkan ukhwah supaya islam cantik dipandangan mata secara batiniah atau zahiriah. ataupun tidak mengapa kalau cantik zahiriah sekurang-kurangnya tanggapan bukan islam akan nampak lebih elok dari terzahirnya keburukan batiniah, cume perlu memupuk sikap muhasabah supaya kaloborasi kedua-duanya akan nampak lebih terselah dengan sinaran cahaya yg indah dipandangan jauh.

keduanya sikap syukur yg perlu ditanam dalam diri tidak bersifat retorik dengan sesuatu pertolongan yg datang secara ikhlas. oleh itu tanamkan kembali dengan siraman air supaya tanaman itu akan subur menghijau. begitu juga lah kita manusia yg sentiasa bersyukur tapi bersifat sementara tanpa memikirkan kesan masa panjang. benihlah ia, jagalah ia seperti kita menjaga bayi dari kandungan sehinggalah lahirnya didunia ini. syukur tiada henti hanya syukur penentu adakah hidup bermakna atau pun sebaliknya.

terakhir selamat malam cinta. selamat malam sayang.selamat malam intan payung!!!!

p/s: menanti siapa bakal orang yg ke 100 untuk follower blog adamhawa...hadiah jubah lelaki jika lelaki/jubah perempuan jika perempuan.

1 comments:

Nor Moscow said...

betul2..kekadang lupa utk bersyukur..

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat