aku bersyukur ALLAH menempatkan aku dari kalangan dari ummat nabi muhammad. dan kufur nikmatnya aku bila mana aku tidak mengamalkan sunnahnya. alangkah hinanya aku jika aku tidak menjujungnya sebagai utusan.
sempena kelahiranya cuba kita mengimbas kembali apakah maknanya cinta kita pada rasulullah. adakah sekadar omong kosong yg tiada nafas sekadar melalui ruang2 yg tiada keperluan atau sekadar angin yg hanya menyingah lalu pergi dan singgah kembali. tapi itulah hakikat hidup bagi mereka yg merasakan cinta pada nabinya.
adakah kita terfikir bermakna atau tidak ucapan nabi yg terakhir UMMATI! UMMATI! UMMATI! menjelang kewafatannya sekadar lafaz dibibir yg tiada makna bagi kita? aku tahu dan kalian juga tahu begitu istimewanya kita sebagai ummat nabi muhammad di hadapan ALLAH. cuma sedarkah kita? hanya lalai dan hanya tinggal sunnah yg tiada ikutan.
cuba kita koreksi kembali cinta kita pada baginda!!!!
Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.
banyak firman dan sunnah yg mengaitkan begitu istimewanya kita dari setiap ummat nabi2 yg terdahulu. sedar kah kita?
Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu al ‘As berkata:
Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as:
Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)
Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.
Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, “Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad – sememangnya Allah lebih Mengetahui – tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.” Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as, “Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.
ya allah, angkuhnya kami pada mu ya RASULULLAH. KAU begitu banyak berkorban demi kami tapi kami menidakkan ajaranmu. kami lupa mengingatimu setiap saat dan ketika dan kami lupa akan sunnah mu. aku merinduimu rasulullah. dan jika masa boleh diputar kembali kami begitu rindu untuk bertemu dengan mu kekasih ALLAH.
KAU ibarat bapa yg memberi memberi pedoman hidup ketika kejahilan dan sinar cahaya yg menerangi kegelapan. kau ibarat purnama penyeri alam ketika malam. indah MU rasulullah tiada setanding kecantikan yg ade didunia ini.
KAU sangat takut jika kami ditempatkan dineraka ALLAH. kami tahu KAU begitu sayangkan kami dari diriMU RASULULLAH tapi kerana lupa sesaat akan ajaranmu kami rakus melakukan kemungkaran. kerana sesaat itu kami sesat dari jalanmu ya rasulullah tapi KAU tetap juga tidak mahu kami dicampak dijilatkan dari api neraka.
kami kagum pada mu RASULULLAH, ketika kami sesat kau tidak pernah sekali mengabaikan kami, malah kau berusaha untuk keluarkan kami dari kejahilan. kau tinggalkan banyak kenangan dan kebaikkan untuk kami waktu ini. dan tidak sesekali kami akan mencampakkan permata berharga yg kau tinggalkan untuk kami yakni AL-QURAN DAN ASSUNNAH.!!!
Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda:
Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi)..
P/S: berapa peratus cinta kita pada baginda? atau sekadar cinta ketika bulan kelahiranya sahaja.!
MAKAN SEAFOOD MELEDAK DI ASHHRYSHOSHEDAP
28 minutes ago
1 comments:
betul tu..kita kena hayati betul2 isam itu sendiri dan rasa cinta kita kpd baginda. Niat dihati nak tanamkan rasa minat sejarah rasulullah pd anak2..tapi apakan daya kurangnya buku2 utk dijadikan rujukan.. balik mesia kena cari nanti ni..
Post a Comment