Friday, April 17, 2009

Bagaimana Nak Bersemangat Ketika Emosi Negatif Menyerang


Satu perkara paling penting yang perlu dilakukan ketika Anda tertekan adalah memfokus fikiran pada hasil. Anda sudah pasti sedang mengusahakan sesuatu ketika ini. Pasti kita mengusahakan sesuatu sama ada ketika di dalam rumah atau di luar rumah. Mungkin, anda sedang mengusahakan sesuatu masakan mengikut resepi sendiri dan Anda berusaha menjadikannya sedap dimakan. Anda mahu usaha Anda berhasil, iaitu menjadikan masakan Anda sedap dimakan.
Mungkin, anda sedang melakukan sesuatu tugasan dalam waktu kerja Anda dan Anda mahu menyiapkannya secepat yang boleh dengan kualiti seOK yang boleh. Anda mahu ia berhasil, iaitu siapnya cepat dan kualitinya hebat.
Mungkin, Anda sedang mengusahakan perniagaan Anda. Anda memfokus pada usaha meneliti produk, memberi khidmat pelanggan atau melakukan promosi dan Anda juga mahu usaha Anda itu berhasil. Anda mahu barang jualan Anda laris. Walau apa jua yang Anda lakukan, apa jua Anda yang Anda usahakan, Anda mahukan hasil.
Di kala emosi Anda merundum atau ketika Anda tidak bersemangat, ubah fikiran kepada niat mahu menghasilkan sesuatu dengan baik sekali. Fokus pada output. Tumpukan perhatian pada apa yang Anda mahu hasilkan, apa yang Anda mahu ada.
Kemudian, sibukkan diri mencapainya. Biar momentum tercipta dalam proses itu, ibarat sebuah kereta yang sedang berjalan, berjalan dan terus berjalan.
Biarkan ‘kereta’ itu hanya akan berhenti pada destinasinya, iaitu target Anda (di sinilah nampak pentingnya Anda perlu ada target dan matlamat). Setelah apa yang Anda mahu dah berjaya dicapai, barulah Anda berhenti berusaha. Jika nak terus berjaya, set lagi target baru, matlamat baru.
Emosi banyak dikawal oleh tindakan, perkataan dan fikiran. Kawal 3 perkara ni, Anda dah boleh kawal mood Anda juga emosi Anda. Perubahan emosi banyak dipengaruhi oleh perubahan tindakan, perubahan perkataan-perkataan yang berada di fikiran Anda. Nak bersemangat ketika emosi negatif menyerang, pertama sekali Anda kena ada target.
Dalam pelajaran, rumah tangga, kerjaya atau perniagaan, Anda kena ada target supaya Anda ada momentum. Bila dah ada momentum, walaupun perasaan tak bersemangat datang menyerang, ia hanya akan sekejap saja kemudian berlalu pergi sebab kerana fikiran Anda dah berubah pada hal lain bukan pada apa yang membuat Anda down. Target kena ada, walaupun ia kecil. Janji ada! Kat situlah kita boleh berubah jadi bermotivasi.

“Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan untuk memajukan diri sendiri.”

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat