Monday, April 6, 2009


From: Puteri Kayangan
Date:Apr 3, 2009 4:51 PM
Subject:Warkah CInta Berbau Syurga


Tuhan, engkau berikan kepadaku sekeping hati yang lemah hingga aku tidak pandai membela diriku. Aku sering tertindas dengan situasi. Aku mudah dipersalahkan namun tidak tahu mempersalahkan orang. Aku benar-benar berasa walah.
Wahai Tuhanku, aku mahu menjadi diri sendiri. Diri yang memiliki kekuatan dan keberanian. Diri yang mampu memberi keadilan kepada diri dan orang di sekelilingku. Aku tidak mahu diperlekeh. Aku tidak mahu memandang diriku sebelah mata. Aku mahu menjadi manusia hebat!
Wahai Tuhanku, aku buikan para sahabat yang hidup di zaman baginda Muhammad. Aku bukan pahlawan Badar dan Uhud. Aku bukan para soldadu yang berjuang di medan Khandaq. Namun, aku mohon supaya sedikit keberanian mereka dicebisi untuk diresapkan ke dalam nubariku. Tuhan, aku benar-benar mahu berjuang untuk…Untuk membangunkan diriku yang dhaif ini.


p/s: jgn merasakan diri itu hebat,,hebat tu dtg nya dari ALLAH,,,

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat