Friday, April 17, 2009

Penyakit Stadi Last Minit


Masalah ramai pelajar universiti atau kolej adalah penyakit stadi (study) last minit. Cemana nak ubah penyakit ni?
Apa cara nak mengubahnya?. Sikap stadi last minit boleh dikategorikan sebagai sikap bertangguh, sebab Anda bertangguh nak mengulangkaji pelajaran. Sebab tu yang terkandas sampai terstadi last minit.
Student yang suka bertangguh, maknanya dia student yang tak ada target. Dia tak ada matlamat nak dicapai lalu dia menangguh-nangguh kerja mengulangkaji, anggap study untuk exam tu sesuatu yang remeh.
Tak penting pada dia. Mungkin, dia masuk U sekadar suka-suka nak kenal kengkawan baru atau nak tekel awek baru. Mungkin saja, mungkin!
Tu pasal bila tiap kali nak stadi, hati dia kata, “Alaaa. Nantilah stadi, aku nak tengok TV dulu.” Boleh jadi juga, dia lebih mementingkan tidur dari stadi atau selalu relaks lebih banyak dari stadi.
Dia kata, “hek elleh. Nantilah stadi pasni, aku nak relaks dulu.” Ada beberapa student yang saya kenal, lebih banyak berjalan-jalan dari stadi, sebab katanya biar stadi last minit supaya cepat masuk semua apa yang dibaca. Masalahnya, boleh ke masuk ilmu time kepala sesak gitu, time last minit sebelum esok pagi nak masuk dewan exam?
Terimalah hakikat. Anda stadi last minit sebab Anda tak nak skor dalam exam. Ye dak? Anda cuma nak sekadar pass saja, asal dah boleh lepas. Mindset Anda berkata, Anda mahukan skor yang sederhana saja. Tak nak menyekor result tinggi.
Sesuatu kerja yang dibuat last minit biasanya dilakukan dalam suasana kelam kabut. Nak cepat. Kesannya, kualiti kurang.
Dalam sesetengah kes, makin berterabur jadinya. Minda kita ni semakin dipaksa, ia jadi semakin lemah, makin tak prodaktip (productive). Cayalah.
Kereta bila semakin dipaksa dalam keadaan yang kelam kabut, semakin kuat mem”vrooooomm” dia punya enjin, last-last jadi semakin panas lalu meletup. Stadi last minit akan membuat Anda makin tertekan.
Nak mencegah perangai study last minute, paksalah diri untuk study awal-awal. Kasi disiplin diri Anda tu sikit, er, disiplinkan diri Anda tu banyak-banyak! Untuk kebaikan Anda juga.
Jangan ikut sangat cakap kengkawan yang kata study awal buang masa. Ini Anda, itu diorang. Anda ikut cakap diorang, Anda sendiri yang cari susah. Kalo dia genius sampai boleh skor walaupun stadi last minit, itu dia. Bukan Anda. Kenapa ikut stail dia? Sesuai ke dengan Anda? Dah test ke sure boleh skor sebelum ni?
Bila Anda susah, diorang tak nak masuk campur. “Ha ko susahle sendiri” kata diorang. Diorang kasi ketawa lagi sebab Anda diperbodoh-bodohkan oleh kata-kata diorang. Jangan jadi mangsa kawan sendiri walaupun Anda kenal benar kawan Anda.
Anda perlu jadi diri Anda sepenuhnya bukan dibentuk oleh kata-kata kawan Anda. Student cemerlang adalah student yang tahu, sebenar-benar tahu apa yang dia nak capai.
Study kat U ni tak sesusah study time tingakatan 5 atau tingkatan 6 atas. Jadi, amik le kesempatan untuk skor tinggi time di universiti. Sky is the limit!
Sepatutnya, Anda kena bersyukur sebab dapat masuk belajar di universiti. Ramai orang kat luar sana tak dapat masuk U, terpaksa cari kerja dalam usia muda. Anda kira dah bertuah. Jangan sia-siakan peluang.
p/s: semua ade hak menentukan cara study yg berkesan untuk diri sendiri,,,,tapi jgn sampai cuai hingga lupa terlupa tajuk bila study last minute,,

1 comments:

firdausahmad said...

betol3....study last menit penyebab kegagalan...kita kne berusaha dan mencuba untuk berjaya :)
huh~ semangat nk study da dtg..study seawal minit pertama..

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat