Monday, March 9, 2009


MENJADI GENERASI MUHAMMAD

Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya '100 orang paling berpengaruh dalam sejarah', beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling dalam sejarah dan berkata:

"Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh kerana kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia."

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Sahabat-sahabat yang dikasihi, pernah baca tak kata-kata di atas? Ucapan seorang yang tidak beriman kepada Allah tentang seorang Rasul yang begitu dicintai Allah. Michael H Hart yang berasal dari New York menamatkan pengajian menengahnya di Bronx high School of Science. Kemudian mendapat ijazah sarjana muda dari Cornell dalam bidang matematik dan PhD dari Princeton University dalam astrofizik. Sebelum menjadi profesor fizik di Trinity University, San Antonio, Texas, beliau adalah saintis penyelidik di NASA. Beliau menulis buku pertamanya The 100:A Ranking of the Most Influential Person in History pada tahun 1978 dan diterbit semula pada 1992. Buku ini telah terjual lebih 500000 naskhah dan diterjemah ke 15 bahasa di dunia.Berikut adalah 15 daripada 100 orang yang disebutkan dalam bukunya mengikut ranking.

Hart's Top 15 ( From The 100: A Ranking Of The Most Influential Person In History )

  1. Muhammad
  2. Isaac Newton
  3. Jesus Christ
  4. Buddha
  5. Confucius
  6. St. Paul
  7. Ts'ai Lun
  8. Johannes Gutenberg
  9. Christopher Columbus
  10. Albert Einstein
  11. Louis Pasteur
  12. Galileo Galilei
  13. Aristotle
  14. Euclid
  15. Moses
ok sahabat2,,,,cuba kita lihat negara kita pada masa kini,,sapa org yang mereka sanjung,,,jawapan nya sudah tentu artis yang belum tentu bawa kita di syurga,,,saya begitu pelik org yang beragama islam menjadikan idola bukan dari kalangan ulamak,,,yang mereka tahu idola meraka mesti cantik,,hensem,,,badan ketak-ketak,,,sexy badan yang mengiurkan,,,dan macam2 lagi,,,ape kejadah semua ini,,,beza si mamat sorang ni org yang tak beriman tapi meletakkan NABI MUHAMMAD sebagai org nombor satu didunia,,,,,tak de ke rase malu dihati kite,,,bila org camtu letak kan nabi muhammad no 1,,,tapi org islam meletak kan artis no 1,,,,boleh saya katakan sgt bodoh org itu,,,sapa org tu,,hahaha,,,org yang letak idola mereka artis la,,,,bukan mamat Michael Hart tu,,,

okla sempena MAULIDUR RASUL N LPS MAULIDUR RASUL NI marila sama2 kite bermuhasabah diri kite,,,,jadikanla akhlak nabi sebagai pedoman kita,,,,bukan nya artis,,,,klu korg nak tau tanda2 ari kiamat nak dtg,,, bila artis2 menjadi pujaan ulamak dimatikan,,,tgk jela kat malaysia,,renungkan la,,,,

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat