Sunday, March 15, 2009

teka-teki Imam Al Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya teka-teki

:- 1)


Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : “Orang Tua”
Murid 2 : “Guru”
Murid3 : “Teman” Murid 4 : “Kaum Kerabat”

Imam Ghazali : “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
(Surah Ali-Imran: 185)

2)

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : “Negeri Cina”
Murid 2 : “Bulan”
Murid 3 : “Matahari”
Murid 4 : “Bintang-bintang”

Imam Ghazali : “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah masa MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.”

p/s: sedar tak kita hari2 buang masa,,kenapa ye,,tye la diri tu,,,sedar tak kenapa kita tak sedar esok kita akan mati,,,tye la diri ye,,,

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat