cinta
ia sebuah cerita yg menarik untuk dipertontonkan kepada masyarakat agar dapat membuka mata supaya masyarakat menilai sebuah percintaan bukan terletak pada nafsu tapi terletak pada nilai2 keislaman. mungkin selepas menonton cerita ini antum wa antunna sekalian sedar betapa mulianya mereka yg bercinta berlandaskan syariat ALLAH.
pengorbanan
jalan cerita ini juga bukan lah meletakkan cinta semata-mata tapi untuk melihat bagaimana kesanggupan siswa khairul azam dalam membantu keluarga sedangkan waktu yg patut dilakukan adalah belajar semata-mata, tapi apakan daya sebagai ketua keluarga beliau sanggup mengorbankan masanya untuk membantu keluarga dlm mencari rezki.
usaha
tatkala melihat mas azam menangis ketika beliau melihat natijah ditembok batu kuliah azhar anda akan sedar betapa susahnya untuk mendapatkan keputusan yg terbaik dlm result di azhar, sembilan tahun menunggu tapi berjaya juga akhirnya, bg meraka yg tidak tahu pasti akan mengatakan "duduk sembilan tahun wat pe kat sana,,melancong ke ape". semuanya bermula pada usaha dan diakhiri dengan doa, itulah kunci kejayaan.
teringat dengan kata2 seorang ustaz pernah berkata pada aku " wan, jgn sangka org yg balik 4 thn alatul tu semuanya berjaya kat malaysia,,hakikatnya meraka itu adalah golongan yg ALLAH hantar pulang kerana tidak bersungguh-sungguh dlm mencari ilmu ALLAH,, sebab itu meraka alatul,,,dan ada juga yg 4 thn alatul balik dengan mencipta kejayaan di malaysia kerana ALLAH menghantar mereka pulang kerana mahukan org sebegini untuk menjalankan misi dakwah" dan ada juga yg duduk lama bukan disebabkan mereka tidak pandai atau malas, tapi mereka adalah org yg diberi peluang oleh ALLAH untuk mencari ilmu dengan sebanyak mungkin...oleh itu jgn nilai seseorang sebelum kamu menjejaki ke mesir dan belajar dahulu" itulah kata seorang senior kat aku...
p/s: sebenarnya kami klu amik result tak de nangis macam mas azam...klu nangis gembira pun kat dlm bilik,,nangis kecewa pun dalam bilik,,,
Monday, November 23, 2009
Posted by adam at 12:08 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment