Sunday, March 6, 2011

bisikan cinta adam 2

sambungan dari bisikan cinta adam 1.

aku sudah sampai dan sudah berada betul2 dihadapan pintu sambil menunggu pintu automatik untuk membukanya untuk sang raja yg ingin masuk ke dalam. aku perhatikan segenap ruang penjuru syarikat, lalu terpana satu wajah yg aku rasa betul2 membuat aku terkejut dan terpaku. mulut aku tertutup rapi, gadis bertudung litup yg membuat aku terpaku sebentar tadi sudah terbujur dihadapan. aku hanya diam dan sesuatu telah berlaku telah membuat diri aku malu seketika. rupa2 nya aku sudah berada dibarisan wanita untuk mengambil angka giliran bagi sesi temuduga. alangkah malunya aku ketika itu dimana setiap anak mata tertumpu pada diri yg seakan-akan tidak mengerti dimana sepatutnya aku berada walhal aku sendiri tidak perasan.

' encik! minta maaf. barisan lelaki berada di sebelah kiri.' merdu suara wanita litup menegur aku.

sementelah aku berbaris menunggu giliran, otak ligat berfikir apakah soalan yg akan ditanya untuk aku kelak. sedangkan aku tidaklah sebaik orang lain dan lebih tragis bidang yang aku ambil tidak sama sekali menepati syarat-syarat pengambilan. tapi itu tidak penting bagi aku dengan berbekalkan semngat yg ada, aku yakin setiap rezeki semuanya ketentuan ALLAH untuk hambanya.

jantungku berdegup kencang bagaikan dikejar hantu. semakin dekat menghampiri semakin sentap hati ni dikemut dengan pelbagai bayangan soalan nanti.

' mohd adam ahmad, sila masuk! ' suara itu macam aku kenal, tapi dimana ya? sungguh halus dan mulus buat hati aku tertawan. bagaikan suara itu memukau aku sehingga lupa tujuan sebenar aku hadir ke sesi temuduga! ' bodohnya aku, perempuan tu bukan bagi aku duit pun, wat pelah aku pikir kan dia, aku dtg sini dah lah penat!.' hati kecil ku berbisik bengang!.

suasana bilik temudga ibarat sebuah bilik bilik gelap yg sgt mengerunkan bg si pelaku jenayah tapi aku bukanlah penjenyah! suasana itu membuatkan aku seperti pesalah yg ditanya dengan soalan cepumas yg bertubi-tubi tapi alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan keyakinan yg aku tanamkan, alhamdulillah soalan dari lembaga pengarah dapat aku jawab dengan penuh ketenangan. cuma aku tidak perlu terlalu berharap kerana bukan aku seorang sahaja yg hadir temuduga bagi jawatan ni tapi ramai lagi yg lebih baik dari aku. doa sebagai wasilah untuk aku mendapatlkan apa yg aku inginkan dengan takdir ALLAH . INSYAALLAH! ad-dua' sillahul mukminin.

tugas aku sebagai orang yg ditemuduga sudah selesai, kini fikiran aku tenang dan urat-urat saraf yg pada mulanya serabut kini kembali normal kembali pada tempatnya. aku langkah gembira bagaikan aku sudah selesai menjawab soalan peperiksaan spm yg pernah aku lalui ketika waktu dahulu. memang indah dan seronok jika aku dapat kembali pada zaman itu. oh indahnya!!!

' encik adam! maaf, beg saudara tadi tertinggal di dalam bilik temuduga tadi.' panggil wanita litup dengan nada tergesa-gesa.

langkah aku terhenti seketika tatkala mendengar suara merdu yg aku dgr selama setengah hari kat pejabat ni. aku pun berhenti dan menoleh kebelakang dan alangkah terkejutnya aku memandang wanita yg aku terbayang-bayangkan hari ini. dengan nada tersipu malu aku pun memulakan kata-kata,

' terima kasih kerna tolong saya, saya pun hampir terlupa, kalau saudari tak panggil saya mungkin saya dah blah dah.' balas aku dengan selamba seiring hati terlonjak girang. yahooooo!!!!!

aku pulang dengan penuh kegembiraan bagaikan sudah berjodoh dengan gadis lutup itu. tapi aku tidak mahu meletakkan harapan yg tinggi untuk wanita litup kerana aku tidak mahu dikecewakan buat kali yg kedua. biarlah masa menentukan siapakah yg layak untuk aku kelak. dan kini aku hanya memikirkan masa hadapan yg boleh menjamin masa depan bila hawa sudah bertahta dihati aku pada masa yg akan dijanjikan ALLAH.

ring! ring! ring! aku mendapatkan gagang telefon.

'assalamualaikum, ini encik adam ahmad ke?

aku pun dengan pantas menjawab. ya saya! kenapa? dan siapa dalam talian ni ye.

' saya dari syarikat indra company yg mana encik telah temuduga dengan kami semalam dan hari ini pihak syarikat telah memutuskan bahawasanya encik adam..........' bersambung bisikan cinta adam 3...

p/s: bace dan komen ye.....

1 comments:

Calculater is Pengira said...

very..interesting...but saya kurang percaya pada niat lelaki..maaf.. all the best incik adam..

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat