Wednesday, March 16, 2011

bisikan cinta adam 3

sambungan dari bisikan cinta adam 2.

ring! ring! ring! aku mendapatkan gagang telefon.


'assalamualaikum, ini encik adam ahmad ke?

aku pun dengan pantas menjawab. ya saya! kenapa? dan siapa dalam talian ni ye.

' saya dari syarikat indra company yg mana encik telah temuduga dengan kami semalam dan hari ini pihak syarikat telah memutuskan bahawasanya encik adam telah diterima untuk bekerja bersama kami. insyaallah encik adam boleh mulakan tugas pada esok hari. jika ada permasalahan encik adam bolehlah merujuk kami pada esok hari.'

bibir terkatup rapat tiada lafaz yg dapat aku katakan melainkan hati melonjak gembira dan syukur yg tidak terhingga pada ALLAH yg memberi aku peluang bekerja disana, alhamdulillah! aku menarik lafaz lega dan dengan kesempatan ini aku mencari persiapan psikologi untuk bagaimana mulakan tugas pada esok hari. berligat-ligat perasaan aku yg sedang bermain dikotak fikiran untuk mencari langkah yg sesuai untuk mulakan hari baru esok.

bisikan sayu dipagi dinihari membuatkan aku terjaga dari mimpi yg membuatkan rantai2 syaitan terurai satu persatu bg melepaskan diri dari terikat ikatan laknatullah itu. aku mengatur langkah mempersiapkan diri supaya diri nampak segak untuk aku berhadap dengan SANG PENCIPTA. aku tidak mahu jadi seperti sesetengah orang yg menampakkan kekemasan pada orang tapi tidak dihadapan ALLAH. mungkin itu satu muhasabah aku untuk pagi yg hening ini supaya aku siap lebih baik pada masa akan datang.

doa aku panjatkan dan mengharapkan sesuatu yg lebih baik akan terjadi pada hari ini. apa yg penting bg aku adalah untuk melaksanakan tanggungjawab yg harus aku pikul supaya tampak sempurna dan tiada cacat cela dan me mind settingkan otak supaya belajar dan belajar untuk permulaan kerjaya aku.

cermin aku tatap supaya diri nampak kemas dan segak. biarlah kekemasan ini menampakkan peribadi aku untuk pertama kali menjejakkan diri di tempat kerja. langkah aku atur dengan kemas supaya perjalanan ku kesana dengan lebih kemas dan selamat.

ktm sudah tiba diperhentian salak selatan, aku masuk dengan memulakan langkah dengan basmallah, tiba-tiba mata aku tertatap pada satu sudut disebatang tiang ruang tengah komuter, dan aku melihat bidadari yg aku temui sebelum ini adalah bidadari yg akan aku tatap pada hari ini. mata gatal aku mula melirik tanpa sedar sehingga gadis litup itu tersenum padaku. hati melonjak keriangan nafsu. aku tersedar dari lamunan nafsu tadi lalu aku beristigfar supaya mata aku dihindarkan dengan maksiat ini. aku mencari sudut lain untuk mengalihkan pandangan syaitan ke ruang yg lain. tapi bisikan ini berbisik supaya pandang lah lagi! aku mula kembali memandang bidadari tadi.

ketika aku mahu menoleh melihat bidadari litup itu aku terkejut dengan kejutan perasaan yg sangat kuat sehingga hati aku berdebar kencang tanpa henti dan terus berkencang. rupa-rupanya bidadari tadi sudah,,,,,,,
bersambung bisikan cinta adam 4...

p/s: maaf bca3 ni pendek sebb terkejar dgn masa. apa2 pun have fun!!!!




1 comments:

EJA said...

wah best nye cerita ni..x sabar nak tggu sambungan nye..heheh cite td pasal naik ktm kt salak selatan teringat dulu masa kerja insurans naik ktm dari bandar tasik selatan ke bangi :)

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat