tak de pe nak ditulis dipagi ni cume aku nak ucapkan thanks to someone yg aku rasa aku percaya kat die.
tempat aku meringankan kapla otak aku yg kdg2 serabut.
ape2 pun yg terjadi aku berharap die adalah org yg mendokong aku untuk terus maju ke depan.
' Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.' Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
- Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.
- Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.
- Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat.
tapi dugaan itu sebenarnya mematangkan diri dan sebagai balasan yg perlu kita terima atas perbuatan yg kita lakukan. ingat! balasan ALLAH tidak pernah kira tempat dan waktu. terima dengan redha adalah jalan yg terbaik supaya kita akan lebih baik pada masa akan dtg.
aku pun tidak terlepas dari dugaan yg aku tempuh dan bakal tempuh, sebb itu kita kene berharap agar dapat seorang kawan yg kita rasa benar2 kawan dapat membantu ketika dugaan itu dtg walaupun dia tahu betapa hinanya kisah silamnya dahulu. aku percaya mmg sukar untuk kita berubah dlm masa yg singkat tapi kita harus memberi peluang kepada meraka2 yg bermasalah untuk teruskan perubahan dgn semanagt.
kepada anda yg mempunyai masalah, carilah kawan sejati yg boleh mendorong anda ke jalan yg benar2 buat anda tenang. dan kepada kwan2 yg mempunyai kawan2 yg bermasalah jgnlah anda lari disebabkan mereka bersalah pada masa silam, terimalah meraka dan bimbinglah meraka. kebanyakkan dari kita suka menyalahkah dari kita sepatutnya membetulkan apa yg salah.
disaat aku tulis ni, aku sedang membantu seorang kawan yg sedang bermasalah dgn emosi dan berhadapan dgn tekanan disebbkan masa silam dan masa sekarang ini. kesian gak aku kat dia, apa2 pun korg doakan aku kuat untuk membantu die. sebagai satu cara yg boleh aku bantu dengan satu tanda bahawa aspek agama dan kerohanian yg semakin menjadi penting dalam bidang kaunseling ni even aku ni bukan lah org kaunseling.
akhirnya kalau korg nak tau, beberapa organisasi profesional dalam bidang ini untuk pertama kalinya mengakui bahawa agama adalah satu elemen yang perlu dihormati. (APA, 1992, American Counseling Association, 1995).
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin.” (Hadis riwayat Muslim)
Lebih menariknya, amalan nasihat termasuk antara amalan penyelamat seseorang daripada terjerumus ke lembah kerugian.
Firman Allah bermaksud:
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3)
p/s: Maksud ayat suci itu menyimpulkan antara ciri orang yang beriman kepada Allah ialah sentiasa berpesan atau nasihat-menasihat ke arah kebaikan dan kesejahteraan.
2 comments:
nice entry mgg bagus klu ada seorg sahabat yg baik.. saya x perlukan sahabat kerana saya sudah ada kembar saya yg cukup memahami saya :)
bgs la ade kembar,,kembar sebagai cermin...
Post a Comment