Thursday, March 17, 2011

bisikan cinta adam 4

sambungan dari bisikan cinta adam 3.

ketika aku mahu menoleh melihat bidadari litup itu aku terkejut dengan kejutan perasaan yg sangat kuat sehingga hati aku berdebar kencang tanpa henti dan terus berkencang. rupa-rupanya bidadari tadi sudah berada betul-betul dibahu kiri aku. apa yang aku lakukan hanya berlagak seperti tiada apa yg berlaku walaupun hati berdebar-debar berbaur gembira.

hati aku tidak tertahan rasanya untuk bertanya dan mendalami siapa sebenarnya gadis litup ini. tapi aku terpaksa kuburkan niat itu untuk menjaga kesucian diri dari perkara-perkara yg boleh mendatangkan fitnah. aku tidak mahu menjadi seorang lelaki yg tidak beradab bila mahu berkenalan dengan wanita yg ingin untuk aku jadikan teman. adalah lebih baik untuk aku gunakan orang tengah sebagai cara penyelesaian yg berkesan dan praktikal walaupun cara ini tidak lagi praktikal pada masa sekarang. aku tidak kisah jika orang kata aku kolot kerana kolot-kolot aku masih berpegang dengan nilai murni.

perhentian kl sentral sudah menapak ditempatnya, pintu dibuka untuk memberi orang ramai keluar menuju ketempat destinasi masing-masing. aku dan gadis litup masih lagi didalam menunggu untuk keluar. sambil menunggu aku mencari ruang untuk bergerak ketempat lain supaya aku tidak melalui pintu yg sama dengan dia.

' encik adam, cepat! nanti kita lambat masuk pejabat. ini hari pertama awak bekerja tau, baik awak cepat. jom! ' tegur gadis litup dengan selambanya sambil memberi sekuntum senyuman pada aku.

' ooo, ok2. jom! ' aku terkebil-kebil mereka ayat tapi perkataan ringkas yg mampu aku tutur dek malu dengan seorang gadis litup yang selamba dan ayu.

perasaan aku kembali segar dan bertenaga bila mendapat satu suntikan suara dari gadis yg aku andaikan dengan satu metafora bidadari syurga. aku dan litup jalan seiring dan sejalan untuk ke tempat kerja sambil-sambil itu mata melirik gatal mencuri-curi pandang wajahnya.

' cik eeee! kita nak pergi mana ni? bukan ke ni jalan nak ke tempat keje. ' pertanyaan aku sudah basi sebenarnya walaupun aku tahu nak kemana. cuma saja mencari peluang untuk bercakap dengan dia.

' encik adam ni mesti pandai bacakan apa yg tertera di atas tu? saya selalu datang kesini sebelum masuk keje. kebetulan encik adam baru kat sini tak salah la kalau saya nak belanja.' suara yg tegas dan friendly bila menjawab.

' thanks ye.' jawab aku ringkas.

selesai sarapan aku bingkas mengajak gadis pujaan ku ketampat kerja seolah-olah aku pula yg memainkan peranan sebagai bos menyuruh anak buahnya cepat. aku tersipu malu dengan tindakan aku yg selamba menyebabkan gadis litup bingkas bangun dengan segera walaupun makanannya masih berbaki dipinggan.

'maaf cik, saya rasa bersalah la plak. sepatut sy tak ptut cakap cepat dengan cik yg masih tak abis sarapan lagi. cik abiskan lah dulu sarapan tu, takut membazir la plak kan.' kata aku padanya.

' eh, wat pe awak nak minta maaf kat saya. memang kita ni tak sempat dah, klu awk tunggu saya jawabnya kene marahlah awak ngn bos. dahlah awak arini hari pertama kerja mestilah awak nak tunjukkan prestasi yg baik kan!' jawabnya dengan penuh rendah diri.

langkah aku atur dengan kemas supaya perjalanan ku ke tempat kerja tampak yakin dan bergaya dan itulah yg aku selalu amalkan dalam semua keadaan baik di rumah ataupun diluar. sejak dari dulu orang gelarkan aku 'MAT SMART'.

aku sudah berada betul-betul dihadapan ruang lobi syarikat bersama sang hawa yg aku kagum dengan sifat tawadhuknya yg sebentar tadi dia tunjukkan pada aku. aku menekan butang lif ke angka 11 dimana tempat aku kerja. lif terbuka menandakan bermulalah aku sebagai seorang pekerja di syarikat indra company.

ramai yg memandang kearah ku sambil mengucapkan salam. dan aku kagum dengan suasana yg hidup dalam syarikat ini yg menonjolkan suasana islamik. tidak semua syarikat yg mengajarkan pekerjanya berakhlak baik melainkan setiap dari mereka suka bermuka-muka. aku berharap dan berdoa supaya syarikat ini dijauhkan dari sifat mazmumah itu.

wanita litup itu pergi meninggalkan aku sambil mengucapkan tahniah dan selamat berkerja. dan dia berharap aku bekerja dengan lebih gigih supaya memberi sesuatu yg baik pada syarikat. aku ditemani seorang lelaki yg berpangkat kerani disitu untuk bertemu semua staf dan berkenalan diantara mereka semua.

selesai sesi taaruf sesama staf aku kembali ke bilik yg telah disediakan dan terus menyemak fail2 dan mengkaji portfolio yg aku pegang bagi jawatan eksekutif pegawai pemasaran.

knock! knock! knock!

'assalamualaikum, encik adam! cik hawa panggil encik untuk membincangkan beberapa perkara yg perlu encik lakukan dengan segera. sebelum itu saya mysara setiausaha cik hawa, harap encik boleh lah pergi ke bilik cik hawa dengan segera.' kata setiausaha dengan sopan sekali.

degupan jantung kembali bergoncang bila bos mahu bertemu dengan aku. aku cuba untuk kawal perasaan ini supaya aku nampak lebih selesa bila bermulanya perbincangan dengannya.

aku mengetuk pintu.

'assalamualaikum' aku memulakan dengan kalimah sejahtera agar semua perkara mendapat redha ALLAH. INSYAALLAH.

' waalaikum salam, masuk!' tegas suara bos wanita yg seakan-akan aku pernah mendengarnya.

bila kaki melangkah ke dalam bilik, aku mendapati suatu aroma yg sangat menyenangkan dan menyegarkan. aku pandang ke kiri dan kanan, dan aku tertangkap satu gambar yg sebelum ini pernah aku kenali.

' awak rasa macam mana bilik saya?' menyapa cik hawa dlm keadaan aku membelakanginya.

aku tersentak dan berpaling dan aku terkejut........bersambung ke bisikan cinta adam 5.

p/s: apakah yg akan berlaku sebentar nanti....dan minta maaf selama ini aku tidak mengupdate cerita-cerita kehidupan yg sebelum2 ni aku buat,,insyaallah selesai bca akan kembali lagi..

1 comments:

EJA said...

wah makin suspen cerita ni :)

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat