Thursday, April 14, 2011

aku redha atas jawapan takdiman ku...

kecewa dan aku redha jawapan yg aku terima sebentar tadi. walaupun kdg2 hati ini tidak boleh menerima hakikat tapi aku harus kuat untuk menempuhinya. aku tidak pernah mengenali siapa wanita yg aku taqdim dan secara jujurnya dia adalah wanita yg solehah yg ku pandang penyejuk hati. tudung labuhnya membuatkan aku tertarik dan luaran bukan lah segalanya bagi aku kerana masih tidak mengenali siapa wanita ini.

kali pertama aku melihat nya ketika aku dan kawan sibuk untuk menguruskan evakuasi untuk urusan kembali ke mesir dan aku tahu ketika itu aku diselubungi nafsu untuk mengatakan sgt cantik wanita yg bertudung labuh ini bila mata sedang asyik memandang tepat kewajahnya secara diam. aku beristigfar dan aku pendamkan perasaan sehingga suatu saat aku tidak dapat untuk melupakan dan aku sedar ianya satu miracle dalam hidup ku yg pertama kalinya aku mencintai seorang wanita.

aku masih boleh bersabar dan masih lagi boleh bertahan tapi sampai bila harus aku bertahan sedangkan aku tidak mahu wanita itu jatuh ke tangan orang lain. bermula lah saat aku memberanikan diri berhadapan dengan bait muslim untuk urusan pentakdiman. kata sepakat telah dicapai aku masih menunggu jawapan dari pihak bait muslim samaada wanita itu terima atau sebaliknya. aku hanya mampu berdoa agar apa yg aku impikan menjadi kenyataan walapun aku tahu aku sedang berangan-angan.

malam ini bersaksikan bulan dan bintang satu kiriman mesej telah datang dari laman facebook. aku melihat hint URUSAN BAIT MUSLIM dan aku tidak sabar untuk melihat apakah jawapan yg bakal ku terima sedang internet begitu lambat untuk membukanya. aku bersabar dan terus bersabar lalu ku bace "Salam. ana dah call akhawat tu ckp nta nak taqdim dia. jawapannya... dia xsedia lg.. mintak maap sbb lambat gtau.." .

jujunya aku merasakan sedikit kecewa dgn jawapan dari wanita yg aku suka tapi hakikat alam kadang2 kita perlu menerima takdir dan aku tidak pernah berputus asa atas jawapan tadi dan aku tahu ianya masih tidak sedia lagi bukan bermakna dia menolak aku mentah2. aku terus mencuba dan mencuba agar berkat kesabaran aku ini akan dibalas dgn berita gembira lalu aku membalasnya " salam ust bleh tak klu saya masih nk tunggu die sehingga die sedia,,sebb saya tak kisah klu die nk belajar ke apa,,,tapi saya tetap nk tunggu die,,,saya tak kisah bapa tahun pun..saya tahu die nak belajar dulu...saya pun faham...tapi bleh tak klu saya tetap tunggu die sehingga die sedia...maaf ust,,,sebb dia org pertama yg saya suka,,walaupun saya tak kenal die..".

akan ku terus menunggu jawapan yg seterusnya....aku harus bersabar....

p/s: credit to kawan samj atas ur cerita kemudianya aku buat dlm bentuk yg aku pun tak tahu apa,,,rumusan kot,,tak lebih 300 patah perkataan,,,

2 comments:

gharib_87 said...

wahh..guna bahasa melayu ke arab - takdiman..huhu..

adam said...

hahaha,ucop ko telah menehedarkan aku,,,tak perasan yg takdim tu dlm bahasa arab,,,nk melyukan aku pun tak tau camne,,

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat