sambungan dari bisikan cinta adam 5.
' tak de mantapnya encik adam, saya sama je dengan pekerja lain dan yang penting tinggi mana pun darjat kita tapi kita tetap sama makhluk ALLAH yg dijadikan dari usul yg sama dan tempat kembali kita padanya pun sama.' jawabnya selamba dan penuh rendah diri.
aku kagum dengan sikap wanita ini yang layak aku gelarkan muslimah yg memiliki perawakan yang perfect. aku terfikir alangkah indahnya jika dia adalah permaisuri hati ku.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
genap sebulan aku bekerja disini namun aku masih tidak tidak mengerti perasaan ku sendiri dan aku masih tidak dapat memaafkan dia sedangkan dia begitu baik padaku. aku cume berasa terhina dan kecewa dia mencampakkan aku dengan tiada alasan yg ku pinta. banyak kenangan yg sehingga kini aku masih tidak boleh kulupakan walaupun aku tahu suatu hari nanti aku akan berumah tangga.
seperti biasa aku dengan rutin harian yg setiap hari berulang dgn roda yg sama dengan pusingan yg sama cuma satu ak masih memikirkan apakah turut imanku masih sama atau berkurang ataupun sudah berubah. hanya aku sendiri yang boleh mengubah statistik iman dalam menjalni kehidupan yg aku tidak tahu bila akan mati.
perjalanan pulang dari pejabat mataku melirik disatu tempat yg indah dan sgt segar dipandangan mata. aku terus kesitu dan ku lihat warnanya dan keharumannya sgt menyusuk kalbu. bunga ros itu sgt cantik dan wangiannya buat aku timbul satu perasaan sedih dan segar dlm ingatan ku sehingga kini kenangan bunga ros bersama ibu dan sehingga kini aku tidak pernah melupakan memoir-memoir terindah bersama ibu.
' adam, cantik bunga ni kan. ibu rasa nak belilah, ibu nak letakkan dalam palsu bunga yg ibu beli dulu.' air mataku menitis bila mengingatkan kalam indah ibu.
' ibu nak... klu ibu dah tiada nanti, adam jaga bunga tu tau.' aku bingung dgn kata2 ibu ketika itu.
aku masih ingat dimana malam ibu menghantarku ke airport dia sempat berpesan dan aku sangat sedih untuk meninggalkan ibu keseorangan ketika itu.
' belajar rajin2 adam dan ingat bila adam kesana nanti jgn lupa solat dan jgn sesekali melewatkan solat apatah lagi untuk meninggalkan solat. doa banyak2 supaya ALLAH permudahkan segala urusan adam nnt. cuma satu dari ibu jika ibu dah pergi dalam keadaan adam masih belajar jgn sesekali adam pulang dan ingat pesanan terakhir dan harapan IBU jgn sesekali mengingkari perintah ALLAH.' akan ku semat kalam ini erat2 supaya aku menjadi manusia yg patuh dan taat padaNYA. adam sangat merindui ibu.
' assalamualaikum, ni adam ye. ni mak ngah. adam, sebelum mak ngah beritahu berita ni a harap adam bersabar ye. sebenarnya ibu adam sudah tiada dan meninggal dunia pagi tadi. ibu adam sakit sebelum dia meninggal. ' aku menjerit dan aku meraung ketika itu. aku tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan kawan adalah segala-galanya untuk berkongsi suka duka. hanya al-fatihah sebagai kiriman ku untuk ibu.
sedar tidak sedar aku sebenarnya menjadi tarikan semua orang disekeliling dan aku tidak sedar mataku merah dipenuhi air yg menunggu masa untuk jatuh. aku menjadi kaget dan terfikir bagaimana untuk aku lari dari org yg sedang khusyuk menjadi pemerhati. tanpa sedikit peduli aku terus meletakkan bunga ros putih dan terus beredar. walaupun aku tahu kebanyakkan mereka tidak tahu sebab kesedihan aku yang lalui sebentar tadi. dan tekaan mereka yg boleh aku tangkap 'aku putus cinta'.
tidurku malam ini tidak seperti malam-malam sebelumnya . aku masih tidak dapat melelapkan mata dan asyik terfikir peristiwa bunga ros putih. walaupun sebelum ini aku tidak pernah kesah apa yg mereka anggap tentang diri aku tapi kini aku merasakan sesuatu yg tidak boleh diterjemahkan oleh diri aku sendiri tapi biarlah ia menjadi kenangan.
azan subuh berkumandang dan aku cuba untuk memutuskan tali2 yg sudah dirantai oleh syaitan-syaitan untuk membiarkan ummat muhammad tidur dalam lena. aku berjaya dan aku mengucapkan syukur keatas pertolongan ALLAH yg telah memperkuatkan diri melawan godaan syaitan. aku bersiap dan terus melangkah ke rumah ALLAH untuk solat berjemaah. amat indah perjalanan kemasjid pagi ini dan aku pun tidak tahu mengapa perasaan aku sangat teruja dan seolah-olah ada keajiban yg berlaku. aku terus bertasbih dan bertahmid dan kaki terus ku ayun laju agar sempat untuk bersama jamaah masjid.
alhamdulillah.........................sambungan bisikan adam 7.
p/s: maaf lambat dan sesiapa yg mahu membace bisikan adam dari mula boleh bukak arkib 2011 dari bulan 3(march),,cuba lah tgk,,
Wednesday, April 13, 2011
bisikan cinta adam 6
Posted by adam at 7:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment