aku tak kisah kalau usrah itu main bowling atau hadiqoh atau berjalan tapi jgn jadikan perkara2 itu sebagai habit dlm berusrah...tidak salah untuk melakukan tapi dahulukan apa yg patut didahulukan bukan mengetepikan apa yg didahulukan dengan meng aulakan apa yg tidak patut didahulukan.
aku melihat ini sebagai satu habit tanpa ada sebarang pengisian. oleh itu kepada semua mahasiswa bina kembali kekuatan usrah sepertimana aku ketika dahalu sgt menantikan hari jumaat untuk berusrah. bukan disebabkan ada perkara diatas tapi ukhwah yg berlandaskan kefahaman yg dibina oleh usrah itu sendiri. kenapa kita tidak terfikir untuk membuat aktiviti sebegitu hari sabtu? tapi kenapa perlu jumaat. dan tidak semstinya usrah itu perlu hari jumaat jika ada masalah dan digantikan dengan hari yang lain.
dan disini aku lebih suka mengingatkan kembali rukun2 usrah yg rasanya anda sudah lupa disebabkan ianya dibuat seminggu sekali atau lupa terus:-
1. Ta’aruf (Saling berkenalan)
2. Tafahum (Saling memahami)
3. Takaful (Saling membantu)
dah faham ke belum ketiga-tiga perkara diatas dan sebagai mahsiswa pastinya sudah faham apa yg dikehendakkan rukun2 diaats dan cuma aku lebih suka sentuh bab saling memahami kerana naqib lebih suka memahami anak buah dari perkara-perkara yg tidak sepatutnya dilayan dan ini sudah terjadi kebanyakkan anak buah tidak suka akan usrah yg terlalu berat dan erti kata lain usrah berbentuk ilmuan dan meraka lebih suka mendengar rintihan anak buah supaya buat lah yg lebih happy ending dengan mengurangkan konsep ilmu dengan diganti bual-bual kosong kemudian makan atau membuat aktiviti seperti dinyatakan diatas. maka disini tidak sepatutnya terjadi kerana tidak mengikut rukun usrah yg septutnya. boleh berbual kosong dan boleh membuat aktiviti bermain tapi bukan ketika usrah dan digalakan selepas usrah. maka jika usrah seiring dgn aktiviti luar dan garapan ini menjadi lebih mantap dan berkesan.
kat sini juga aku nyatakan adab2 usrah yg aku rasa selama ini hanya beberapa adab yg anda guna:-
1. Serius tanpa menghilangkan keakraban dan kehangatan ukhwwah.
( yeke,,atau hangat ukhwah hanya pada aktiviti luar dan mati ketika dlm usrah atau lebih kata lain keterpaksaan berserius dlm berusrah)
2. Bertanggungjawab terhadap kesuksesan usrah.
(sukses dlm kotegeri lain dengan kata lain bila happy ending dgn makan atau beraktiviti luar dlm usrah bila pembentangan tidak sedia n tak komited)
3. Persiapan diri secara matang bahan yang dibicarakan dalam usrah.
(semua dah matang, tapi bicara dlm usrah itu samaada terpaksa atau mmg dh sedia atau tak sedia langsung dgn taklifan)
4. Memposisikan usrah sebagai prioriti.
(priority dlm bab lain kot,,,fikir2 kan lah)
5. Arif dan aktif dalam bertukar pendapat dalam menyegarkan suasana usrah dengan info baru, bahan, penampilan, hadiah dan apa-apa yang difikirkan sesuai.
(yang ni part yg aku suka dlm usrah tapi jgn sampai berlawak pun tak bleh,,yg penting happy bila suasana camni)
6. Melakukan muhasabah dan islah terhadap naqib dan ahli dengan hikmat.
(sume simpan dalam hati sebb naqib n ahli baik2 belaka)
dan ini yg paling penting konsep penguasaan meng handle anak buah camne atau main tangkap muat je:-
1. Naqib/ah ialah ketua yang dilantik untuk menjadi “muwajjih” (perintis/pelopor @ pendorong/taujihat) kepada kumpulan usrah yang memandu ahli-ahli usrah dari segi fikrah Islam pada tahap-tahap tertentu.
( kepada naqib yg dilantik adakah korg tergolong seperti diatas jika tak de mulakan dgn diri bagaimana untuk menjadi ketua yg bagus dgn bukak internet or kitab2 bagaimana untuk menjadi pemimpin yg bagus bukan ketua untuk hari jumaat yg waktunya sekangkang kera tapi ketua untuk selamanya)
2. Bertanggungjawab menanam kefahaman Islam yang jitu dan mencorakkan ahli-ahli usrah menghayati Islam serta membersih (tazkiah) ahli-ahli daripada penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, angkuh, riya’, nifak, dan lain-lain sifat mazmumah.
(mmg tak dinafikan setiap ketua mahu pun ahli pastinya ada sikap tazkiahtun nafsi..mls nk komen sebb semuanya bergantung pada hati masing2 tapi dah namanya ketua semestinya membawa usrah kearah penambahbaikkan bukannya minggu ni baik minggu depan hampeh)
3. Mempunyai ilmu pengetahuan yang boleh menyakinkan anak buah.
(yg ni sgt penting jgn duk bace pengetahuan yg ada dlm kitab yg diberi oleh ketua jabatan nuqaba'. nak tak nak ilmu luar juga mesti grab supaya ada keseimbangan dan tidak tertumpu dgn yg satu. dan teknik dgn membawa ilmu luar adalah menjadikan usrah itu mantap dan membuatkan ahli tertunggu untuk dtg minggu hadapan dan bukannya minggu ni dtg minggu depan tak dtg sebab penyampaian ketua usrah statik dan bosan)
4. Mempunyai akhlak yang mulia yang boleh dijadikan contoh kepada anak buah.
(yg ni biasalah klu namanya ketua mesti nak yg berakhlak baik bukannya macam aku duk kritik je..apa2 pun bila akhlak baik kerja pun baik jgn akhlak baik tapi kerja hampeh dgn tidak menguruskan ahli usrah dgn baik, maka itu tidak baik namanya..hehehe)
5. Suka berkenalan.
(mmg semestinya dan jgn segan untuk berkenalan dgn aku ye n plg pntg jgn pilih kasih bila nk berkenalan n ikhlas)
6. Prihatin / cakna masalah anak buah.
(saya ada masalah tapi tak tau nk ngadukan sapa,,ngadulah kat naqib,,tak nk naqib ngadulah kat ahli usrah, tak nk gak ko pegi ngadu kat ALLAH.)
7. Memahami tahap-tahap tarbiyyah : taarif, takwin dan tanfiz.
( bincang lah dlm usrah dgn anak buah bukan ikut kapla ketua je..nnt silap ahli berkata' ko ingat ko tu bagus sangat', dah tak mesra kan)
8. Patuh kepada kepimpinan, istiqamah, iltizam dengan syura.
(wajib tapi klu anak buah tak puas hati bincang elok2 bukan duk mengata belakang n ketua pun sama bincang untuk selesaikan bukan kau pun ngata anak buah sendiri kat org lain,,pengkhianat namanya tu)
9. Tegas, kuat cita-cita dan beramal.
(ni mmg penting sebb ni sikap ketua klu tak tegas nnt org wat bodoh beb. ape2 pun klu tegas sgt pun org menyampah,,wasatiyyah ye)
10. BIJAKSANA -ilmu, al-quran, sirah, ibadat sunat (qiamullail*), doa, pembacaan, pengalaman, dll.
(mmg kene bijak tapi tulah bukan semua ketua perfect kan, apa2 pun sebagai ketua kenelah cuba untuk jd yg terbaik dan setiap org ade kebijaksanan dan keistimewaan masing2 dan seimbangkan semua itu dlm usrah supaya semua ahli dlm usrah itu bijaksana bukan kita sahaja yg bijak)
11. KREATIF - pelbagaikan teknik dan perjalanan usrah.
(tak keratif aku mmg tak nk dtg usrah sebb faktor org dtg usrah ni mesti kreatif n inovatif not statik n bored..bukan bermakna kreatif itu perlu main bowling tanpa pengisian dan boleh main bowling tapi buatlah tepi jalan ke or kedai2 ke or kat tempat bowling or dimana2 dan bukan semata-mata main nak pegi setiap minggu pun tak salah tapi pengisian usrah itu wajib kalau nk pegi aktiviti lain. sebb tu kene memposisikan usrah itu priority)
12. ILMU PSIKOLOGI ; mengetahui cara mendekati jiwa manusia, mengetahui tabiat dan selok belok jiwa manusia dan mudah menyelaminya, mengetahui had kekuatan dan kemampuan jiwa, agar tidak membebankan dan melampaui batas, mengetahui segala keperluan dan keinginan jiwa manusia,agar dapat memenuhi keseluruhan keinginan mereka, mengetahui potensi sebenar jiwa manusia, agar potensi ini akan digembleng untuk bekerja dan membangun.
(belajar lah bagaimana untuk kenal manusia, bukan duduk lihat salah orang lain dan jika anda sudah berpotensi membaca psikologi insyaallah kedudukan sebagai ketua usrah akan lebih dihormati dan hubungan antara anak buah akan lebih kamcing beb)
akhirnya setiap usrah ada masa tertentu..dan inilah masa yg sesuai untuk usrah:-
1. Waktu naqib dan ahli usrah
(dah kata jumaat usrah mestinya hari jumaat, tapi bukan hari jumaat nak usrah hari jumaat la baru nak bg tau, dan bgtau la hari khamisnya senang setting masa..itu prinsip aku yg selama ini berpegang pada masa walaupun kata hari jumaat hari usrah..kalau tak jadi hari jumaat tu siapa yg telah mengambil masa aku nk wat tu n ni..gtau awal ye)
2. Menepati waktu.
(aku tak suka lewat dan paling aku tak suka klu aku dtg ketua tak de dan itulah sebb aku suka balik n say gud bye...mmg aku kejamkan,,)
3. Akur kepada kekerapan ( sekali seminggu)
(nak akur kekerapan kene lah perbaiki usrah dgn lebih kreatif)
4. Lama pertemuan sederhana 1 jam – 1 jam 30 minit.
(walau pun sekejap tapi berkualiti dan sebb itu aku cakap boleh buat aktiviti luar tapi buat usrah yg tak berapa panjang ni nak berbanding main bowling yg berjam-jam..dah abis usrah ko nk main bowling sampai patah tgn pun aku tak kisah)
artikel ini aku tulis sebagai peringatan bersama dan perlu untuk aku membuat teguran pada diri aku dan kepada semua jemaah yg berada di malaysia atau pun dimesir kerana ianya penting untuk ummah. aku minta maaf jika penulisan aku kali ini ada yg rasa tidak senang dan aku tidak pernah kesah sama sekali jika anda rasa aku bersalah.
p/s: -pilih nuqaba yang ikhlas dan amanah
-sebelum bagi tanggungjawab sebagai naqib... uji dulu komitmen dan iltizam dengan arahan jemaah...untuk lelaki misalnya dua minggu sekali arah solat subuh berjemaah di mana-mana masjid... check dia hadir tak...tengok komitmen tentang kepatuhan dan disiplin jemaah...
-jgn pilih pakai tangkap muat aje...
(pilih naqib tgk muka baik sikit dah lantik,,aku lebih refer naqib ni uji die dr segi solat subuh berjemaah di masjid kemudian baru serap jd naqib)
(kepada junior yg akan dilantik jadi naqib bersedia solat subuh jemaah dimasjid..muka baik bukan persoalan muka aku pun baik gak tapi perangai aku tak baik pun)
Friday, April 22, 2011
teguran buat naqib dan ahli usrah...
Posted by adam at 2:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Alhamdulillah, mendapat sedikit pencerahan. Syukran Ma'as Salamah.
Post a Comment