Sikap Kurang Ajar Pegawai Education Malaysia Egypt
Posted on Saturday, April 09 @ 19:15:26 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh: muslim_art
"Tidak cukup dengan kisah lama pada tahun 2009 apabila mahasiswa pengajian al Quran Qiraat al Azhar Shoubra, Mesir dinafikan hak pendaftaran pelajar menyebabkan kegagalan menduduki peperiksaan pada Mei 2009 yang jelas berpunca daripada perancangan jahat pihak pengurusan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) atau nama barunya adalah Education Malaysia Egypt menghalang mahasiswa al Quran Qiraat daripada terus mendalami ilmu al Quran di Bumi Mesir. Entah apa dendam kesumat yang terbuku di hati busuk mereka terhadap golongan al Quran ini.
Watak utama yang sama juga pada kali ini iaitu En. Khairi Jalalluddin, pegawai atase pendidikan (akademik) kini bermulut lancang, tidak menunjukkan sikap profesionalnya sebagai salah seorang pegawai jabatan kerajaan. Sikap kurang ajarnya jelas ditonjolkan semasa lawatan kerja ke Mesir YB Seri Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin pada 16-18 Mac lalu di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) ketika sesi ramah mesra bersama para pelajar.
credit to : 1) hazazi sanusi yg telah meletakkan di fb.
2) http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=4713
p/s: aku dah naik bosan dgn si kenet ni,,,,mmg suka buat masalah,,sng cite beberapa wakil kerajaan yg kerja kat sini sume nya hampeh,,bukan nk kutuk tapi hakikat,,suka sgt double standard ngn pelajar,,klu medic ibarat anak emas,,tapi islamic study anak angkat yg dijaga ibu tiri yg garang..klu kita kutuk die lps ni aku dah tau jawapannya : abis kami hantar kamu balik aritu siapa yg urus! klu bukan kami!
Monday, April 11, 2011
sikap kurang ajar pegawai education malaysia egypt!
En. Khairi dengan jelas menyatakan "pelajar-pelajar Shoubra ni standard pelajar sekolah menengah je,tak layak dapat pengiktirafan BA" di hadapan Dato Seri Khaled Nordin. Memang kurang ajar! Perlu diingat bahawa ini bukanlah kali pertama dia bersikap sedemikian. Dia langsung tidak punya hak menentukan samada para pelajar Qiraat Shoubra mendapat pengiktirafan BA atau tidak kerana lepasan Shoubra jelas diiktiraf BA di peringat MQA (Malaysian Qualification Agensi). Perlu diketahui juga, beberapa matapelajaran yang dipelajari oleh mahasiswa Shoubra tidak diajar diperingkat BA sebaliknya bertaraf MA di Malaysia. Inikah yang beliau katakan hanya standard pelajar sekolah menengah?
Entah apa perkara yang menyebabkan dia begitu memusuhi mahasiswa Qiraat Shoubra. Mustahil kerana ayat-ayat al Quran yang mereka hafal. Apa yang pasti, pegawai yang berhati busuk ini tidak layak menguruskan hal ehwal akademik parapelajar dimesir.
Posted by adam at 1:41 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment