Wednesday, April 20, 2011

jual beli yg diharamkan....



Talaqqi Rukban

Talaqqi Rukban, ialah kegiatan peniaga dengan cara menyongsong peniaga desa yang membawa barang dagangan di jalan (menuju ke pasar). Amalan ini juga termasuk makan harta dengan cara yang bathil, kerana si peniaga desa tidak tahu harga pasaran yang sesungguhnya. Hal ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah, bahawa

"Rasulullah Saw melarang menyongsong (menahan) peniaga sebelum tiba di pasaran" (talaqqi rukban) (HRBukhari)

Larangan tersebut kerana peniaga tidak tahu harga pasaran dan tidak mempunyai maklumat yang benar tentang harga di pasaran. Hal ini dapat mengakibatkan kerugian bagi para peniaga.

Substansi dari larangan talaqqi rukban ini adalah tidak adil tindakan yang dilakukan oleh peniaga bandar yang tidak memberitahu harga yang sebenarnya yang terjadi di pasaran. Cari barang dengan harga lebih murah tidaklah dilarang. Namun apabila transaksi jual beli antara dua pihak, di mana yang satu pihak mempunyai maklumat yang lengkap dan yang satu tidak tahu berapa harga di pasaran sesungguhnya dan keadaan demikian dimanfaatkan untuk mencari keuntungan yang lebih, maka terjadilah penzaliman oleh peniaga bandar terhadap petani yang dari desa. Hal inilah yang dilarang.


Pada gambar di atas dapat dilihat bagaimana kesan daripada tindakan talaqqi rukban dan pengaruhnya terhadap pembentukan harga. Dengan adanya pencegatan dari luar kota untuk melakukan transasksi di dalam kota, maka kurva tawaran Sx akan membelok menegak menjadi Str. Keseimbangan baru akan terbentuk pada saat perpotongan antara Sx dan Str. Sehingga harga di bandar akan mengalami peningkatan dari L * menjadi P * tr dan jumlah barang X yang terdapat di pasaran adalah Q * tr. Inilah bukti bahawa tindakan talaqqi rukban tidak hanya menzalimi petani akan tetapi telah merosakkan keseimbangan pasaran berada pada tahap yang lebih rendah.


senang cite perenggan diaats ramai tak faham kan..betul tak? sebenarnya ia melibatkan penentuan harga sesebuah barang bila mana barang itu dibawa dari satu tempat ke satu tempat. dari pemborong ke runcit terus kepada pembeli dan setiap harga nya berbeza mengikut setiap perjalanan barang. bila mana ia menggunakan talaqqi rukban transaksi antara 2 pihak terjadi pada saat yg pertama tapi tidak mengikut prosedur yg telah ditetapkan oleh syarak dan setiap harga itu melihat pada harga pasar dan bukannya meletakkan harga dgn sesuka hati dgn mengambil kesempatan pada peniaga yg tidak tahu harga pasaran. secara kasarnya jual beli rukban ini masih terjadi tapi tidaklah meluaskan dan ia terjadi sehigga lah abad ke 14.


Amalan talaqqi rukban, memang tidak begitu banyak terjadi saat ini, sebab alat komunikasi telah berkembang sangat canggih, seperti hand phone dan telephon, sehingga maklumat harga dengan mudah diketahui. Meskpun demikian, bahan larangan itu menjadi tetap penting untuk diperhatikan, sebab penipuan kerana tidak tahu harga masih sering terjadi. Dengan larangan tersebut kata Monzer Kahf, Nabi Saw berusaha bersungguh-sungguh mengurangkan jurang maklumat di pasaran. Beliau sangat tegas dalam mengatasi masalah penipuan dan monopoli dalam perdagangan sehingga beliau menyamakan penipuan dan monopoli dengan dosa-dosa yang paling paling besar.

akhirnya, jual beli yg melibatkan penipuan itu haram secara mutlak atas dasar memakan hak orang lain dgn batil.

p/s: kepada thn 2 syariah n kepada sesiapa yg ingin menmbahkan ilmu tentang muamalat....


0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat