BN hanya yakin 41, Zentrum kata Pakatan menang
6:45 AM DRS. KHALIL IDHAM LIM
12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 15 April: Menjelang saat-saat akhir waktu kempen, Pakatan Rakyat (Pakatan) besar kemungkinan dapat menafikan dua pertiga BN dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila maklumat dari dalam BN sendiri merasakan begitu.
Menurut sumber itu, BN hanya yakin mendapat 41 kerusi sahaja (kawasan putih) manakala Pakatan pula mendapat 19 kerusi (hitam) manakala 11 kerusi lagi kelabu dan sedang diperjuangkan oleh kedua-dua belah pihak.
Namun, kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies pula memberikan kemenangan kepada Pakatan dalam PRN kali ini apabila kajian mereka menunjukkan sokongan kepada PR sudah 40 peratus berbanding BN 39 peratus, Snap 17 peratus dan Bebas empat peratus.
Laporan Zentrum dalam SARAWAK ELECTION (SELECT 2011) - Prediction Period 3 yang dikeluarkan hari ini mendapati Pakatan akan menang 28 kerusi, BN 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala Bebas tiga kerusi.
Menurut laporan itu, PAS akan menang di tiga kerusi iaitu Beting Maro, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Dua lagi kerusi PA iaitu Sebuyau dan Sadong Jaya didahului sedikit oleh calon BN.
Laporan itu juga mendapati, calon Bebas, Datuk Salleh Jafarudin mendahului Tan Sri Taib Mahmud di Balingian dengan majoriti yang kecil.
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian juga mendahului calon BN di Ba'kelalan.
Pagi tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya yakin Pakatan bersama parti pembangkang yang lain akan berjaya menyekat kuasa dua pertiga BN dalam DUN Sarawak.
Pakatan yakin akan memenangi lebih daripada 24 kerusi yang diperlukan untuk meraih kemenangan moral ke atas BN, katanya dalam sidang media di hari terakhir kempen pilihan raya negeri Sarawak hari ini.
Katanya lagi, Pakatan optimis dalam peluangnya memecahkan monopoli kuasa BN di negeri berkenaan.
Namun, Anwar dilihat berwaspada dan mengakui bahawa ianya satu usaha sukar apabila ditanya sekiranya Pakatan mampu mengambil alih kerajaan negeri.
Katanya, masalah tidak akan timbul sekiranya pilihan raya itu dijalankan secara bebas dan adil.
Namun begitu, kebimbangan diberikan oleh pengkaji politik James Chin apabila beliau menjangkakan BN akan melemparkan bom karpet (carpet bombing) menjelang hari mengundi esok.
Bom karpet adalah istilah yang diberikan kepada serangan besar-besaran terhadap pengundi dengan memberikan wang dan barangan untuk membeli undi.
Pensyarah Universiti Monash ini menjangkakan, Pakatan akan mendapat antara 12 ke 27 kerusi.
Ooi Kee Beng pula meramalkan, Pakatan akan mendapat sehingga 20 kerusi sahaja.
p/s: aku jangka PR akan menang tapi dlm masa sama tak leh yakin sebb BN saat akhir suka main uit untuk rasuah org di sarawak,,tapi yakinlah..insyaallah...dimaNA ada kemahuan untuk perubahan hati rakyat tidak mudah dibeli semata-mata untuk kuasa..no for BN/////TAKBIR!!!!!
Friday, April 15, 2011
BN hanya yakin 41, Zentrum kata Pakatan menang
Posted by adam at 4:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment