aku masuk dan aku melihat, kesedihan menyergah mataku membuat manik2 putih jatuh tanpa sedar. aku melalui setiap pelusok halaman rumah dan aku merungkai satu persatu setiap kenangan yg kami lalui bersama. aku pendang wajahnya tetap segar didalam rumah yg kini tiada penghuni tetap ianya kembali sunyi dan sepi. deras airmataku meluncur mengingatkan setiap kenangan yg terindah bersamamu.
aku titipkkan doa dalam setiap doaku agar kau bahagia disana dan ditempatkan bersama-sama orang yg disayangi dan dirahmati ALLAH untuk melalui persinggahan yg ketiga. syahdu malam tanpamu buat aku tidak senang keseorangan dan kemana arah yg perlu aku tuju untuk hari2 yg mendatang? aku tidak mampu untuk hidup tanpamu! aku tidak mampu berjalan tanpamu! aku tidak mampu bergerak tanpamu! kau adalah nyawaku, kau adalah pelengkap kakiku, dan kau adalah segala-galanya untuk ku. tanpamu aku mati!
memori ku bersamamu sangat segar dan harum mekar kasturi. tiada satu pun kenagan bersamamu buat aku sedih dan tidak bahagia. setiap perjalananku bersamamu buat aku gembira dan aku rindu untuk bersamamu lagi.
' sayang bangun yang, jom kita solat malam.' aku tersedar dan nyata itu mimpi. aku masih tidak menerima kenyataan yg kini aku harus berseorangan dan aku amat merinduimu. aku tidak dapat menahan sebak didada. deras lagi air mataku. kini solat ku tiada makmum seperti mana yg kami lalui bersama. kini aku harus bersendirian dan perlu untuk menyesuaikan setuasi ini untuk malam-malam yg seterusnya. aku rindu salam mu padaku seusai doa, dan aku sangat merindui untuk mengucup dahimu setiap kali selesai solat. kini tiada lagi, akan ku semat kenangan ini sehingga akhir nafasku dan aku berharap akan ada pertemua kali kedua untuk kita bersatu kembali disyurga kelak. tunggu ku wahai sayang.
aku masih teringat lagi kata-katamu yg terakhir sebelum kau pergi untuk selama-lamanya walaupun keadaan ketika itu aku tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan mu sayang. aku tidak sanggup untuk mendengar setiap ucapan yg keluar dari bibir mu sayang. aku tahan perasaan itu untuk membolehkan aku menatap wajah mu sepuas yg mungkin.
' sayang, kalau hawa dah tiada nnt sayang jgn sedih ye. sayang mesti kuat untuk lalui hidup tanpa hawa. hawa tau memang sukar untuk sayang menerima takdir ini tapi siapakah kita untuk menghalanginya. sayang tau tak anak dalam perut ini adalah sebagai ganti diri hawa. jika sayang rindukan hawa pandanglah dia dan doakan untuk hawa ye dan satu yg hawa pinta didiklah anak yg akan lahir ini sepertimana sayang didik hawa.' hawa masih mampu tersenyum untuk mengembirakan hatiku yg kini hampir tidak tertahan untuk menahan perasaan sedih ketika itu.
' isteri awak hanya ada 50-50 peluang untuk hidup, kansernya semakin parah dan saya nasihatkan supaya kandungan itu digugurkan, jika tidak salah satu dari mereka akan mati atau kedua-duanya akan mati.' perasaan ketika itu hanya ALLAH sahaja yg tahu betapa perit nya isteriku menanggung derita dan aku tidak sanggup untuk kehilangan hawa dan apatah lagi untuk kehilangan zuriat yg kami tunggu hampir 10 tahun lamanya./
' sayang, hawa yakin dan hawa pasti kematian itu hak milik ALLAH untuk menentukan dan hawa mahu melaksanakan tanggungjawab hawa sebagai seorang isteri untuk memberi zuriat untuk suaminya. hawa harap sayang faham akan perasaan hawa.' YA ALLAH, masa itu aku tdak mampu berkata apa-apa dan aku hanya mahu melihat isteri ku gembira. dan inilah kegembiraan yg dia inginkn sekian lamanya dia tunggu untuk memberikan zuriat untukku walaupun aku tidak pernah memaksa.
sudah 7 jam aku menunggu dan hawa masih didalam, hati ku penuh pengharapan agar isteri dan anakku selamat. hatiku sentiasa berzikir dan berdoa agar allah memakbulkan segala permintaan ku.
lampu merah tiada lagi bercahaya dan doktor yg membuat pembedahan keatas isteriku terus menemuiku.
'ALLAH lebih menyanyanginya dan saya minta maaf tidak dapat selamatkn isteri awak. dan ANAK awak perempuan.'
ya ALLAH, betapa gelapnya duniaku ketika itu. khabar berita apakah yg aku terima. isteriku sudah tiada. aku meraung dan menangis sepuasnya tanpa mempeduikan siapa disisiku. aku mahukan hawa aku mahukan isteri aku kembali!!!!! bentak ku seoalah aku tidak dapat terima kenyataan org yg aku sayang telah pergi meninggalkan ku buat selama-lamanya.
aku mengazankan anak perempuan ku dengan linangan airmata. aku tidak dapat menahan sebak atas kehilangan isteri tercinta. aku cuba untuk menahannya tapi aku tidak boleh untuk meneruskan. airmata ku deras dan tidak mampu untuk berhadapan dengan anak yg tiada ummi untuk mendidiknya. aku memberikan anak itu pada ayahku untuk diazan dan aku terus beredar untuk mencari ketenangan.
...........................................................................................................................................................
kini sudah sepuluh tahun hawa meninggalkan ku. dan hawa anakku kini sudah besar dan semakin cantik persis ibunya. aku masih ingat pesanan umminya supaya berikan didikan yg sempurna untuk anak kami.
kini dan selamanya tiada yg kedua untuk menggantikan tempat hawa dan hawa adalah satu-satunya cintaku yg akan ku semai sehingga ke syurga..........aku amat merinduimu hawa.....
p/s: nama hawa dlm cerita initiada kaitan yg masih hidup mahupun yg sudah tiada,,hawa hanya semata nama untuk melengkap plot cerita ini, dan ia nya sebagai persedian untuk aku jika keadaan ini berlaku....bersediakah anda!!!
Thursday, April 7, 2011
kasihku ku hawa
Posted by adam at 1:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ya allah sedihnya tapi best sgt..semoga roh hawa dicucuri rahmat.. buat hawa junior jgn lupa jaga abi bila dah besar nanti dan menjadi anak yg soleha :)
Post a Comment