sambungan dari bisikan cinta adam 4.
' waalaikum salam, masuk!' tegas suara bos wanita yg seakan-akan aku pernah mendengarnya.
bila kaki melangkah ke dalam bilik, aku mendapati suatu aroma yg sangat menyenangkan dan menyegarkan. aku pandang ke kiri dan kanan, dan aku tertangkap satu gambar yg sebelum ini pernah aku kenali.
' awak rasa macam mana bilik saya?' menyapa cik hawa dlm keadaan aku membelakanginya.
aku tersentak dan berpaling dan aku terkejut.
'kenapa die ada dalam bilik ni.' sentak hatiku melihat melihat gadis yg seakan aku kenali 5 tahun dahulu.
aku mengoyak bibir membina sekuntum senyuman untuk ku lontarkan padanya, walhal aku tahu dia tidak layak untuk menerima senyuman dari aku. bentak hatiku tanda marah padanya masih belum reda dan kesakitan yg perit ini membuatkan api kemarahan kembali lagi seakan mengeluarkan lava yg tunggu masa untuk dimuntahkan.
'encik adam! encik adam! awak tidak apa-apa ke?'
'tak de pe.' jawab ku ringkas.
aku beristigfar sebelum aku mengambil tempat duduk disebelahnya dan cik hawa mula kenal kan aku kepada perempuan yg sudah ku kenali hati budinya dahulu. sesi taaruf yg berjalan selama 5 minit tadi aku masih tertanya-tanya kenapa muka meraka ada mirip-mirip seolah ada persamaan antara meraka. tapi aku endahkan dan kini aku mendapat arahan dari bos litup untuk bekerjasama dengan rakan sejawat yg akan teman kan aku setiap hari bg projek baru syarikat. aku menarik nafas keterpaksaan bila diberi arahan untuk bekerjasama dengan dia. aku terfikir bagaimana untuk aku berhadapan denganya setiap hari.
selesai dari mesyuarat aku terus meninggalkan mereka berdua dan aku lihat mereka berdua seolah-olah sudah saling mengenali diantara satu sama lain tapi aku masih menduga apakah benar anggapan aku yg sebenarnya meraka adalah adik beradik. apa-apa pun aku cuma tunggu dan lihat tanpa perlu untuk mem'busykan body' tentang mereka.
jam ditangan sudah menunjukan jam satu menandakan sudah tiba waktu rehat yg sedang dinanti-nanti setiap pekerja untuk mengisi masa rehat mereka dengan makan dan minum bg memberi satu kepuasan kepada perut yg ayik berpoco-poco dengan irama keroncong dan aku juga tidak terkecuali dari meraikan nya. cuma perbezaannya hari pertama aku dilayan seperti anak raja hanya memesan tanpa perlu mengeluarkan wang. begitulah adat orang yg baru bekerja diihtiram untuk pertama kalinya sebagai tanda penerimaan meraka pada kita.
alhamdulillah, aku sudah kekenyangan dan mahu berehat sebentar sementara menunggu azan berkumandang.
sayup dari jauh dendangan muazin melafazkan kalimah azan yg asyik dengan alunan gemersik indah. aku pun mula mengatur langkah tapi mahu kemana ya?
'encik adam nak ke surau ke?' tanya wanita litup dari sesi tepi membuatkn aku tersentak.
'aha!' jawabku ringkas.
'encik adam jalan terus ikut bawah jambatan monorail n lps tu belok kiri jumpa surau' terang cik hawa padaku.
aku pun mula menarikan kaki bergerak ke tempat yg dituju sambil hati mengucapkan kepujian pada sang pencipta. selesai solat aku dan rakan2 sekerja yg lain terus ke tempat kerja untuk menyambung kerja-kerja yg terhenti sebentar tadi.
5.30 pm sudah menjangkau 5.31pm, rakan-rakan sibuk mengemas meja sebelum meraka pulang kerumah dan aku masih lagi tidak lagi bergerak dari tempat duduk dan tangan masih ligat di laptop. seoarng demi seorang yg melalui kawasan bilik aku mengucapkan salam pada ku, aku membalas salam meraka dengan aku hadiahkan sekuntum senyuman tanda penghargaan bg meraka yg layak.
'awak tak nak balik ke' jelas dan rindu akan suara itu. rupa-rupanya dia yg sedang menegur ku.
'tak!' jawab ku ego dan marah.
'tak pela klu camtu saya pulang balik dulu ye dan lagi satu saya minta maaf jika awak masih marahkan saya.' sedih suaranya membuatkan aku rasa bersalah atas tindakkan ku sebentar tadi.
dia terus berlalu pergi.
dalam perjalanan ke kl sentral aku masih memikirkan dia dan terfikir kenapa dia masih wujud lagi dihadapan aku. kenapa dia menerbitkan kembali memori lama yg terkubur sepi. aku bingung dan merasakan sesuatu.
'hai, mengelamun nampak. fikirkan buah hati ke?
' tak delah cik hawa, fikirkan msa depan je.' itu yg mampu ku jawab dengan minah terjah melodi ni. kerjanya asyik mengejutkan aku dari belakang.
' sebenarnya saya tak tahu pun yg cik hawa ni bos. ingatkan pekerja biasa je tapi berpangkat tinggi tu. mantap2!' seloroh aku padanya.
' tak de mantapnya encik adam, saya sama je dengan pekerja lain dan yang penting tinggi mana pun darjat kita tapi kita tetap sama makhluk ALLAH yg dijadikan dari usul yg sama dan tempat kembali kita padanya pun sama.' jawabnya selamba dan penuh rendah diri.
aku kagum dengan sikap wanita ini yang layak aku gelarkan muslimah yg memiliki perawakan yang perfect. aku terfikir alangkah indahnya jika dia adalah permaisuri hati ku.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
genap sebulan aku bekerja disini namun......sambungan bisikan cinta adam 6.
p/s: maaf atas keterlewatan meng post bca 5...komen jika anda rasa perlu ada penambahan dlm bisikan cinta adam ni.
Friday, April 1, 2011
bisikan cinta adam 5.
Posted by adam at 4:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
x tahu nak komen apa..BEST!!! (^_^)
thanks eja,,,,untuk bca 6 tunggu jela ye,,tak tau nk tulis pe,,tgh cari idea lgi untuk plot seterus nya,,
ehh... boleh je.. abg wan bgtaw je abg wan nk mcm mana, hantar kat email ain yew :) jgn lak pk kne bayar lak. haha :) click je iklan ain. ada emel kat situ nanti :)
Post a Comment