Tuesday, April 5, 2011

kemana diri..

sedar atau tidak manusia suka melarikan diri meletakan masalah dalam kondisi yg boleh diselsaikan menjadikan masalah itu merebak ketahap yg lebih rumit. ia memang berlaku dan tetap akan berlaku jika seseorang masih lagi memikirkan apa yg belum berlaku tapi sudah mengandaikan apa yg bakal berlaku. sebagai contoh ' saya tidak boleh' dan didalam perkataan ini dia meletakkan satu keputusan yg muktamad dalam hidup walhal keputusan yg ditetapkan ALLAH masih belum untuk dinatijahkan untuknya. oleh itu dimana harus kita meletakkan diri? tahap ceroi atau berusaha untuk maju!

kebanykkan ia terjadi pada meraka yg mengalami trauma dengan kisah2 tragis dan kisah masa silam menghantui diri. kadang2 kita perlu sedar yg masa silam itu menjadi duri dalam daging sedangkan kita tahu masa silam itu boleh menjadi satu bahan iktibar dan dan bahan menganalisi untuk kejadian yg bakal akan berlaku. kenapa perlu menjadikan masa silam itu sebagai satu senjata pemusnah diri? aku juga mempunya masa silam dan lebih teruk masa silam anda tapi aku merasakan kenapa perlu untuk mengikut pengadaian masa silam itu akan menjadikan kelam pada masa akan dtg. dan sebenarnya siapa yang harus kawal masa silam itu? jawapan nya anda! dan anda mengetahuinya bagaimana untuk mengharungi dan bukan meletakan masa silam itu sebagai virus yg boleh merebak sekitar kehidupan anda!

anda tahu bukan agama adalah salah satu faktor terpenting sebagai saluran pemantapan diri. pengamalan ini tidak tertumpu pada satu agama dan ianya meliputi semua agama didunia. tapi sebagai ummat islam taabudi adalah jalan yg terbaik dlm meletakkan diri dalam paras kewarasan iman. disebabkan itulah semua perkara dan setiap ujian yg hadir dalam diri haruslah kita kembali padaNYA agar segala masalah menjadi mudah.

aku merungkai satu persoalan kenapa masalah diri masih tidak selesai dan dalam masa yg sama meMOHON padaNYA. sebagai contoh aku mahu berubah tapi aku tidak ikhlas untuk berubah! maksudnya apakah kita bersungguh dalam meminta padaNYA. ketidakikhlasan dalam perubahan itu adalah satu faktor yg menjadikan diri masih ditakuk yg sama dan bila tiada perubahan akal mengatakan sesuatu ' ALLAH TIDAK SUKA AKAN AKU DAN ALLAH TIDAK TERIMA ORG MACAM AKU' dan dimana logiknya? ALLAH letak ujian mengikut kemapuan masing2 dan kenapa perlu untuk kita sempit secara demikian. adakah nama ALLAH itu terselit diantara 99 salah satunya ALLAH MAHA ZALIM? tidak ada dan tidak perlu mengandaikannya.

secara total setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya, cuma menjadi kita tidak sabar itu adalah lambat dan cepat penyelesainya. percayalah semakin kita bersungguh-sungguh kita mendekatiNYA semakin cepatlah bantuanNYA , jika sekali dua berdoa dan bertaqarub padanya jgn pernah bermimpi masalah itu sekelip mata akan selesai!

akhirnya! kita mampu mengubahnya dan bukan masalah itu yg mengubah segala aspek kehidupan. satu cara yg perlu kita semaikan dalam diri bila kita husnu zon dengan NYA insyaallah segalanya berakhir dengan baik jika sebaliknya sama-sama kita bermuhasabah dimana tahap keimanan kita padaNYA.

kemana mahu bawak diri selepas ini......

p/s: dari hentakan menjadikan manusia itu tersedar dari lamunan....hentak2 lah selalu...

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat