Wednesday, April 13, 2011

pilihan raya sarawak,,,2 hari lagi,,

semakin hari semakin kita berdebar dgn keputusan yg akan dinanti-nantikan oleh semua golongan tidak kira sesiapa pun...aku juga turut sama even sibuk dgn study group n mengajar, aku masih dan still tidak miss untuk mendapatkan maklumat pilihan raya negeri sarawak.

memandangkan pilihan raya ini unik disebabkan setiap calon parti bertanding lawan satu dan tidak seperti dahulu. kehangatan ditambah lagi dgn media2 yg diikat hidungnya sperti lembu juga tidak ketinggalan menyampaikan berita2 palsu dalam nada lain fitnah. jika nak diikutkan hanya org pendek akal sahaja yg mengikutti berita2 yg disampaikan oleh berita2 pro bn ni,,aku kata pendek akal bg meraka yg tergolong dlm golongan yg boleh fikir dan aku tidak ckp org tua sebb meraka ni mmg veteren dr dulu,,tak leh nk dikata apa lah kan...

sebagai mahasiswa aku mendapati pilihan raya kali ini amat berbeza seperti tahun2 yg sebelum ini. ini disebabkan pemikiran rakyat tidak ditakuk yg lama dan minda mereka sudah bebas dr cengkaman UMNO. dan ini juga mungkin salah satu faktor golombong rakyat yg kini bebas untuk bersuara bebas untuk melakukan perubahan sepertimana yg kita dilihat di mesir dan sehingga kini masih lagi berdemonstrasi bg membuang segala anasir2 mubarak yg menjelekan..dan kini mesir sekali lagi menunjukkan kejayaan dgn penahanan mubarak untuk dihadapkan kemuka keadilan.


dan jika masyarakata sarawak berfikiran seperti rakyat mesir dan boleh jadi selepas pilihan raya ini kita minta SPRM untuk menyiasat KETUA MENTERI SARAWAK TAIB MAHMUD untuk disiasat bagaimana die memiliki kekeyaan yg luar biasa.!

dan disedikan petikan dibawah..


BN semakin...

Sementara itu pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Kelantan, Zainal Abidin Husien (gambar) berkata, momentum yang berlaku di semenanjung pada 2008 ternyata telah hanyut ke Sarawak.

”Sebelum ini kita boleh lihat gerak kerja kempen parti selain BN sukar mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan.

”Kempen PAS di Beting Maro pada pilihan raya negeri lalu pun berdepan dengan pelbagai kesukaran. Namun sekarang berubah 360 darjah. Penduduk boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya juga isu yang paling penting BN sehingga kini belum mampu memecah benteng keutuhan Pakatan Rakyat biar pun cuba membawa isu video lucah dengan andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat Sarawak.

Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku sekarang, kehadiran pemimpin Pakatan mendapat sambutan hangat.

Ceramah Muryidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin utama DAP di bandar Kuching malam 10 April lalu mendapat sambutan luar jangka.

”Apa pun keputusan pilihan raya Sarawak ini akan mempengaruhi sentimen politik di Semenanjung. Semangat Pakatan sudah diterima rakyat, kata orang boleh jalan sekarang.

”Kalau dahulu orang masih ragu-ragu, sekarang tidak lagi. Malah usaha media pro BN menghodohkan wajah pemimpin Pakatan nampak belum berjaya bahkan menyatukan penyokong Pakatan,” ujarnya.

Beliau yang mempunyai kelulusan dalam Sarjana Sains Politik dari USM berkata, keputusan pilihan raya Sarawak menjadi petunjuk kepada pilihan raya umum ke-13.

KLIK UNTUK KE WEB PILIHANRAYA

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to adamhawa
Design with love by CikBulat